Sabtu, 30 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Bayi kena tinggal di gerai makan

Posted: 29 Jul 2011 05:00 PM PDT

Bayi kena tinggal di gerai makan

ALOR SETAR - Sepasang suami isteri tidak menyangka niat murni mereka membantu seorang gadis yang meminta menjaga bayinya dengan alasan ingin ke tandas, menyebabkan mereka terpaksa menunggu selama satu jam di kawasan Terminal Bas Shahab Perdana, namun gadis itu terus menghilangkan diri.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam kelmarin, pasangan suami isteri yang singgah menjamu selera di sebuah gerai makanan berhampiran terminal, dihampiri seorang gadis yang sedang mendukung seorang bayi.

Gadis berkenaan meminta wanita menjaga bayinya kerana dia ingin pergi ke tandas, bagaimanapun setelah sejam berlalu, kelibat gadis itu tidak kelihatan.

Bimbang dengan keadaan itu, pasangan suami isteri terbabit bergegas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar untuk membuat laporan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Adzaman Mohd Jan ketika dihubungi Sinar Harian, semalam, mengesahkan menerima laporan daripada pasangan suami isteri terbabit kira-kira jam 12.30 malam kelmarin.

"Bayi itu berada dalam keadaan sihat dan sudah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk pemeriksaan lanjut serta akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berhubung proses penjagaan.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya.

Dalam perkembangan sama, Pengarah HSB, Datuk Dr Juita Ghazalie ketika dihubungi berkata, bayi seberat 1.58 kilogram itu kini ditempatkan di dalam inkubator dan berada di dalam keadaan stabil.

"Sewaktu dibawa ke HSB, tiada kesan kecederaan pada tubuh bayi terbabit bagaimanapun bayi itu memerlukan pengawasan rapi memandangkan kelahirannya tidak matang.

"Bayi itu akan diletakkan di bawah pengawasan hospital sehingga beratnya mencecah 1.8 kg," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Hadiah kahwin Norman-Memey

Posted: 29 Jul 2011 05:00 PM PDT

Hadiah kahwin Norman-Memey

ULU KLANG – "Ini adalah hadiah perkahwinan kami," kata Norman Hakim selepas tiga tahun dilanda kontroversi khalwat dengan tunangnya, Memey.

Norman, 35, berkata, nasib malang ini berakhir menjelang pernikahan mereka pada 28 September depan setelah Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, semalam memutuskan kedua-duanya tidak bersalah.

"Saya tak dapat gambarkan. Syukur sangat selama tiga tahun berdepan dengan situasi yang orang tidak tahu, tiada kata lain selain bersyukur," katanya.

Bercakap kepada pemberita, Memey atau nama sebenar Suhaiza Suhaimi, 23, menyatakan beliau benar-benar gembira dengan keputusan mahkamah itu.

"Hari ini saya bebas dengan berkat kesabaran dan doa semua orang. Inilah saat saya impikan, syukur, " katanya.

Mereka bakal kahwin pada 28 September depan selepas memperoleh tajaan RM12 juta daripada Rafflesia The Pearl Centre dan Jimmy Choo.

Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon pernah berkahwin dengan pelakon terkenal Abby Abadi dikurniakan tiga anak.

Beliau dan Abby atau nama sebenarnya Arbaeyah Abdul Manan, 33, bercerai talak satu pada Disember 2008.

Norman dan Memey menghadapi tuduhan berkhalwat setelah dituduh berada bersama dalam keadaan menimbulkan syak antara jam 1.45 pagi dan 3 pagi di pejabat beralamat 4-1A, Jalan UP 1/2, Taman Ukay Perdana, Ampang di sini, pada 30 Oktober 2008.

Norman didakwa ikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, dan Memey didakwa ikut Seksyen 29(1)(b) enakmen yang sama.

Jika sabit kesalahan, kedua-dua mereka boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya.

Hakim Syarie, Salehan Yatim mendapati pendakwaan diwakili Pendakwa Syarie, Muhamad Nazri Basrawi gagal buktikan keraguan munasabah terhadap tuduhan itu.

Setelah dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan, secara serentak Norman dan Memey menangis.

Pasangan itu diwakili peguam, Fakhrul Azman Abu Hassan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved