Jumaat, 29 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Usaha tidak berjaya jika tidak jujur

Posted: 28 Jul 2011 05:00 PM PDT

Usaha tidak berjaya jika tidak jujur SHAH ALAM - Tindakan Sinar Harian mengadakan wacana disifatkan satu usaha yang baik bagi menyelesaikan kemelut dihadapi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Namun, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Syed Hasan Syed Ali, usaha itu tidak akan berjaya jika melibatkan pihak lain yang tidak jujur untuk menyelesaikan isu tersebut.

"Saya percaya apa usaha memperbaiki sistem pilihan raya umum (PRU) tidak boleh selesai dgn berbincang dengan pihak berkepentingan. Mereka yang terbabit dalam PRU pastinya mencerugai satu sama lain walaupun SPR begitu telus dan adil dalam tugas mereka," katanya, semalam.

Sebelum ini, katanya, di sesetengah tempat mengundi, walaupun ada arahan membenarkan bendera yang ada logo parti yang bertanding sahaja boleh dipasang, namun ada juga parti tidak berkenaan menaikkan bendera masing-masing.

"Pernah calon BN ditolak pencalonan gara-gara silap teknikal mengisi borang dan sebab lain setelah mendapat bantahan daripada pembangkang. Malah pembangkan juga menang banyak kerusi yang mereka bertanding dengan majoriti yang besar. Ini bukti ketelusan SPR tanpa mengira parti bertanding," katanya.

Beliau yakin SPR sedia menerima mana-mana pihak untuk membantu mereka menambahbaikkan sistem yang digunakan pakai sekarang ini.

"Kita harus mendengar kenyataan yang dikeluarkan oleh SPR kerana saya yakin dengan mendengar dan berbincang banyak perkara dapat diatasi termasuk perhimpunan haram seperti sebelum ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Zahrain dakwa Ku Li dipelawa ketuai PR

Posted: 28 Jul 2011 05:00 PM PDT

Zahrain dakwa Ku Li dipelawa ketuai PR PETALING JAYA - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah didakwa telah dipelawa untuk mengetuai Pakatan Rakyat (PR) jika Datuk Seri Anwar Ibrahim disabitkan bersalah dalam kes liwat.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang mendakwa demikian berkata, beliau mendapat maklumat itu daripada rakan-rakannya dalam PKR.

"Jika maklumat itu benar, saya hairan mengapa mereka memilih Tengku Razaleigh? Bagi saya, ini satu permainan politik licik," katanya,

:Zahrain berkata, daripada maklumat yang diterimanya, kedua-dua pihak dikatakan telah bertemu membincangkan perkara itu.

"Saya tidak pasti bila mereka pelawa serta apa keputusan Tengku Razaleigh," katanya.

Zahrain yang juga bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang dan kini berperanan sebagai Ahli Parlimen Bebas, berharap Tengku Razaleigh berfikir positif dan menjelaskan perkara itu secara terbuka.

"Saya masih menghormati beliau sebagai orang lama serta veteran politik, tetapkan satu pendirian dan berfikir tentang perpaduan orang Melayu," katanya.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved