Rabu, 27 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tukang cat dihukum mati edar dadah

Posted: 26 Jul 2011 05:00 PM PDT

Tukang cat dihukum mati edar dadah JOHOR BAHRU – Seorang tukang cat dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam selepas didapati bersalah mengedar dadah, tiga tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Samsudin Hassan membuat keputusan itu, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap Lau Ivan, 44.

Ivan didapati bersalah, mengedar dadah jenis ketamin seberat 18,000 gram (g).

Berdasarkan pertuduhan pertama, dia didapati mengedar dadah itu seberat 1,662.81 g di hadapan pintu lif Blok B, Larkin Perdana, Larkin, di sini, sekitar jam 11.15 pagi, 16 Disember 2008 dan pertuduhan kedua, mengedar dadah sama seberat 16,383.21 g di sebuah rumah No. B-1603 tingkat 16 Blok B, Apartment Sri Impian, Jalan Larkin Perdana 1, di sini, sekitar jam 12.30 pagi pada tarikh sama.

Terdahulu, polis melakukan serbuan di hadapan pintu lif Blok B, Larkin Perdana, Larkin, di sini, menjumpai sejumlah dadah dipercayai jenis ketamin bersama beberapa barang lain.

Siasatan seterusnya membawa kepada penemuan dadah sama di tempat kejadian kedua itu.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwaraya, Mohd Azlan Shah Mohd Allias manakala lelaki itu diwakili peguam, Syed Ismail Syed Omar.

Anwar fail afidavit untuk temu bual lima saksi

Posted: 26 Jul 2011 05:00 PM PDT

Anwar fail afidavit untuk temu bual lima saksi KUALA LUMPUR – Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan afidavit permohonan untuk pihak pembelaan menemubual lima saksi berhubung perbicaraan kes liwat beliau.

Anwar memfailkan permohonan itu semalam, melalui Tetuan Karpal Singh & Co dengan menamakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta isteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai saksi.

Tiga saksi lain, pemilik kondominium, Hasanuddin Abd Hamid; bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof.

Melalui afidavit itu Anwar menyatakan, pada 16 Mei lalu, beliau dipanggil hakim perbicaraan, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah untuk membela diri atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, dan pihak pendakwaan menawarkan seramai 71 saksi.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan kepada mahkamah untuk memanggil seramai 25 daripada semua saksi yang ditawarkan itu.

Bagaimanapun hanya lima saksi hadir setelah diwajibkan kehadiran mereka ke mahkamah iaitu bekas ratu pecut, Datuk Mumtaz Jaafar; Dr Mohd Osman Abd Hamid (bekas doktor Pusrawi); adik perempuan Mohd Saiful, Saidaiti Azlan; seorang doktor dari Hospital Kuala Lumpur, Anantha Raj Daniel Joseph Thomas dan bekas pegawai khas Najib ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri, Profesor Madya Khairil Annas Jusoh.

Anwar dalam notisnya menyatakan pihak pendakwaan diwajibkan di sisi undang-undang untuk memastikan kehadiran semua saksi ditemu bual untuk memberi keterangan bagi pihak pembelaan.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved