Selasa, 26 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Siasatan perhimpunan siap minggu ini

Posted: 25 Jul 2011 05:00 PM PDT

Siasatan perhimpunan siap minggu ini GEORGETOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) yakin siasatan berhubung perhimpunan haram 9 Julai lalu akan siap minggu ini, bagi membolehkan pendakwaan dilakukan segera.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, siasatan masih dijalankan terhadap pihak tertentu yang masih membuat kenyataan tidak benar mengenai perhimpunan berkenaan.

"Kita masih siasat isu yang dimainkan oleh pihak tertentu kerana masih terdapat pihak membuat kenyataan dan menayangkan perkara tidak benar berkenaan perhimpunan tersebut.

"Namun saya yakin, kami mampu selesaikan siasatan berhubung perhimpunan tersebut minggu ini," katanya selepas merasmikan seminar 'Technology in Crime and Loss Prevention The New Era', di sini, semalam.

Hadir sama, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye dan Pengerusi MCPF Pulau Pinang, Datuk Syed Jaafar Syed Ali.

Ismail berkata, beliau telah mengarahkan pegawai agar mempercepatkan siasatan dan mengambil tindakan mengikut undang-undang sedia ada.

Dalam perhimpunan itu, seramai 1,500 orang ditahan termasuk Datuk S Ambiga serta pemimpin Pakatan Rakyat.- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Terkejut diminta bayar hutang

Posted: 25 Jul 2011 05:00 PM PDT

Terkejut diminta bayar hutang KUALA LUMPUR – Belum pun reda kesedihan kerana kehilangan adik, seorang eksekutif teknologi maklumat kini terpaksa pula berhadapan pelbagai ugutan daripada ah long.

Mangsa, Woo Chee Seng, 57, dan keluarganya dipaksa melangsaikan hutang kira-kira RM200,000 jika tidak mahu diapa-apakan.

Hutang itu dikatakan dipinjam mendiang adik Chee Seng, Woo Chee Keong, 43, yang dipanggil Peter dalam keluarga mereka.

Keluarga terbabit mendakwa tidak tahu mengenai hutang berkenaan, sehinggalah empat individu dipercayai ah long datang ke rumah mereka, di sini, menuntut hutang, beberapa hari selepas kematian Peter.

Chee Seng berkata, Peter meninggal dunia pada 18 Julai lalu kerana mengalami pendarahan akibat kesan kelar di pergelangan tangannya.

"Kami terkejut kerana tidak tahu selama ini dia pinjam wang daripada ah long. Sebelum ini, mendiang yang bekerja sebagai kontraktor tidak pernah mengadu ada masalah kewangan.

"Selepas kematiannya, ramai orang cari untuk tuntut hutang dengan kami dan semua pemiutang itu tidak tahu bahawa Peter sudah tiada," katanya pada sidang media, di Wisma MCA, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Jabatan Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong.

Setelah diselidiki, Chee Seng berkata, keluarganya menemui pelbagai jenis dokumen pinjaman dalam beg mendiang.

"Kami percaya Peter pinjam wang pada bulan Julai tahun ini dan tidak sempat melangsaikannya," katanya.

Berikutan itu, Chee Seng merayu supaya ah long terbabit tidak lagi mengganggu ibu bapanya dan keluarganya untuk melangsaikan hutang tersebut.

"Saya harap agar mereka berhentilah dari ganggu kami terutamanya ibu bapa saya, mereka sudah uzur.

"Tambahan pula, kami sekeluarga sedang hadapi saat-saat sukar dan menyakitkan untuk berdepan semua ini serentak," katanya.

Sementara itu, Chong berkata, sepanjang bulan ini hingga semalam, pihaknya menerima sebanyak 43 kes dilaporkan dan jumlah keseluruhan 246 kes tahun lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved