Ahad, 24 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Kadar zakat fitrah di Terengganu sama seperti tahun lalu

Posted: 23 Jul 2011 05:00 PM PDT

Kadar zakat fitrah di Terengganu sama seperti tahun lalu

KUALA TERENGGANU - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) mengekalkan kadar zakat fitrah di Terengganu tahun ini sama seperti kadar tahun lalu iaitu RM8, RM7 dan RM5.

Yang diPertua Maidam Datuk Mazlan Hashim berkata, kadar fitrah itu diperkenan Pemangku Raja Terengganu Tengku Mohammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin.

Bayaran fitrah sama ada wang tunai atau dengan beras boleh dibuat mulai 1 Ramadan sehingga pagi hari raya Aidilfitri sama ada melalui amil-amil yang dilantik atau di kaunter-kaunter bayaran zakat Maidam.

Selain itu, fitrah juga boleh dibayar melalui SMS untuk pelanggan Celcom dan Maxis, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mazlan berkata, Maidam mensasarkan kutipan fitrah sekitar RM5.8 juta tahun ini, berbanding tahun lepas RM5.5 juta.

Katanya keseluruhan kutipan zakat di Terengganu tahun lepas adalah RM76.4 juta.

Mazlan berkata, Maidam akan membelanjakan RM15 juta untuk bantuan zakat Aidilfitri kepada 32,000 orang fakir miskin di negeri ini tahun ini.

Sempena sambutan awal Ramadan ini, Maidam turut menerbitkan dua buah buku iaitu "Risalah Ramadan" dan "Azam dan Iqamah: Fadilat dan Pelbagai Hukum". Orang ramai boleh mendapatkan buku berkenaan di pejabat Maidam, di sini.- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

RTM akan terus siarkan video perhimpunan haram: Rais

Posted: 23 Jul 2011 05:00 PM PDT

RTM akan terus siarkan video perhimpunan haram: Rais

KUALA LUMPUR - Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan video rakaman perhimpunan haram pada 9 Julai lepas secara berterusan bagi mendedahkan perkara sebenar yang telah berlaku, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata, rakaman video yang mula disiarkan malam tadi perlu ditonton orang ramai yang inginkan jawapan kepada tohmahan pihak tidak bertanggungjawab yang mendakwa pihak berkuasa bertindak zalim terhadap peserta perhimpunan haram itu.

"Saya menyeru semua rakyat Malaysia menonton RTM bagi melihat daripada segi sebenar dan tepatnya apa yang telah berlaku dan hakimkan sendiri apa yang telah dirakamkan itu," katanya kepada pemberita selepas mengambil bahagian dalam pertandingan badminton persahabatan antara RTM dengan pasukan Datuk Seri Utama Rais Yatim (DSURY) di sini, hari ini.

Katanya RTM akan menayangkan adegan-adegan sebenar perlakuan politik jalanan yang dilakukan pada hari berkenaan, sekaligus menjelaskan siapakah yang sebenarnya berbohong.

Pada perlawanan persahabatan itu, pasukan DSURY menewaskan RTM.

Ditanya sama ada rakaman video yang diperoleh daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu akan diedarkan ke stesen televisyen lain, Rais berkata pihaknya akan berbuat demikian sekiranya PDRM memberikan persetujuan.- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved