Rabu, 20 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Semua agama larang maksiat

Posted: 19 Jul 2011 05:00 PM PDT

Semua agama larang maksiat SHAH ALAM – Setiap agama di dunia melarang penganutnya melakukan maksiat dan perlu mengamalkan nilai moral yang baik bukan hanya pada bulan Ramadan sebaliknya dilakukan sepanjang masa.

Presiden Malaysia Hindu Sangam (MHS) RS Mohan Shan berkata, seperti agama lain, Agama Hindu juga tidak membenarkan penganutnya melakukan maksiat sama sekali kerana kegiatan terkutuk ini jelas bertentangan dengan nilai-nilai yang ada dalam ajarannya.

Bagaimanapun menurutnya, di Malaysia tiada badan khas atau pihak berkuasa yang mewakili Agama Hindu untuk mengambil tindakan terhadap penganut Hindu yang melakukan maksiat.

"Oleh itu, MHS bekerjasama dengan polis memantau pusat-pusat hiburan untuk membanteras perkara terkutuk itu, terutamanya dalam kalangan remaja sekiranya mereka melampaui batas.

"Tidak salah kita berhibur untuk menghilangkan tekanan kerja tetapi bagi menghormati masyarakat Islam yang berpuasa pada bulan itu mungkin aktivitinya perlu dikurangkan," katanya ketika mengulas kenyataan Pas Kedah yang bercadang menutup operasi 13 pusat hiburan di negeri itu sepanjang Ramadan nanti.

Sementara itu, Penasihat Persatuan Belia Buddhist Malaysia Wong Choon Tat berkata, dalam ajaran Buddha terdapat lima larangan yang perlu diikuti oleh penganutnya, kenapa ditutup hanya pada bulan puasa sepatutnya di bulan lain pun harus diambil kira.

"Agama Buddha ada 'Pancasila' iaitu melarang membunuh, mencuri, berzina, berbohong dan minum arak. Sekiranya mereka melanggar peraturan itu, mereka akan mendapat balasannya nanti terpulang kepada mereka sama ada melakukan atau tidak," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Strategi ‘lautan biru’

Posted: 19 Jul 2011 05:00 PM PDT

Strategi 'lautan biru' SEREMBAN - Kementerian Belia dan Sukan menyasarkan sekurang-kurangnya 500 acara dianjurkan pada Perhimpunan Jutaan Belia di Putrajaya yang dijadualkan pertengahan tahun depan.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabeery Cheek berkata, jumlah itu menunjukkan pertambahan lebih dua kali ganda berbanding 203 acara tahun ini.

"Kita menonjolkan konsep Putrajaya sebagai satu pentas yang besar di mana semua pihak termasuk agensi kerajaan, syarikat swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dijemput menganjurkan acara masing-masing.

"Sekretariat Perhimpunan Jutaan Belia diminta merealisasikan konsep ini menggunakan strategi 'lautan biru' iaitu meminimumkan kos dan pada masa sama, memastikan program mendatangkan impak tinggi," katanya selepas bengkel kerangka kerja Hari Belia 2012 di Nilai, malam kelmarin.

Menurutnya, perhimpunan dengan bilangan peserta dan pengunjung lebih ramai pada tahun depan berupaya memberi pulangan ekonomi lebih tinggi.

Katanya, pemilik kediaman di pusat pentadbiran negara itu boleh menyewakan premis mereka kepada peserta atau pengunjung sepanjang perhimpunan berlangsung.

"Saya difahamkan semua hotel di Putrajaya ditempah sepenuhnya pada perhimpunan tahun ini. Pemilik kediaman mungkin boleh mengguna pakai konsep inap desa bagi menjana pendapatan tambahan.

"Selain itu, asrama kediaman institusi pengajian tinggi juga boleh digunakan untuk tujuan sama," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved