Selasa, 19 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Jabatan Bomba serius, 9 dibuang kerja

Posted: 18 Jul 2011 05:00 PM PDT

Jabatan Bomba serius, 9 dibuang kerja KOTA BHARU - Jabatan Bomba dan Penyelamat tidak bertolak ansur dengan pegawai dan anggotanya yang terlibat dengan masalah disiplin sehingga menjejaskan reputasi jabatan.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata, dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, sembilan anggota seluruh negara dibuang kerja kerana terlibat dengan pelbagai masalah disiplin, terutama penyalahgunaan dadah dan tidak lapor bertugas.

Menurutnya, jabatan memandang serius prestasi kerja pegawai dan anggota dalam memastikan kepercayaan masyarakat dan juga memperkasakan perkhidmatan terbaik kepada umum.

"Berhubung dengan gejala rasuah pula, ia terkawal di peringkat jabatan kita kerana jabatan memberi perhatian yang khusus.

"Langkah yang kita lakukan adalah memberi tumpuan terhadap bahagian berisiko seperti kelulusan Sijil Layak Menduduki Premis (CF) dan Unit Siasatan Kebakaran," katanya semalam.

Terdahulu, beliau menyempurnakan Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Pingat Kebesaran Bomba Tahun 2010.

Katanya, antara seorang hingga dua anggota dalam setahun yang didapati dengan kes mahkamah dan mereka dibuang kerja.

Sementara itu, dalam ucapannya beliau juga mengingatkan warga bomba supaya tidak cenderung mengamalkan budaya ambil ganjaran yang boleh menjatuhkan imej jabatan.

"Hukuman tegas dan adil termasuk mekanisme kawalan dicapai serta diuruskan dengan baik dapat membantu jabatan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gagal jadi wanita

Posted: 18 Jul 2011 05:00 PM PDT

Gagal jadi wanita KUALA TERENGGANU- Hasrat seorang lelaki yang ingin menukar nama kepada nama perempuan di dalam kad pengenalannya tidak kesampaian setelah Mahkamah Tinggi di sini, semalam menolak permohonannya.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa memutuskan permohonan Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25, yang mahu menukar namanya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz, ditolak selepas mengambil kira tiga faktor, iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin semasa pemohon dilahirkan dan kewujudan organ dalaman.

Mohd Yazid berkata, walaupun pemohon telah mengemukakan laporan perubatan yang menyatakan telah melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand pada 2010, namun ia tidak boleh dijadikan hujah untuk yakinkan mahkamah.

"Pemohon juga gagal mengemukakan laporan lengkap daripada hospital bersabit pembedahan jantina yang dibuat, malah sepanjang prosiding ini, tiada seorang pun doktor dipanggil untuk mengesahkan pembedahan tersebut.

"Mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk membuat pengisytiharan deklarasi bersabit penukaran gender sama ada daripada lelaki kepada perempuan atau sebaliknya dan sebenarnya tiada sebarang peruntukan undang-undang yang membenarkan status pendaftaran gender ditukar," katanya.

Mohd Ashraf Hafiz, dari Gong Badak di sini, tidak hadir ke mahkamah dan diwakili peguam belanya, Horley Isaacs.

Mohd Ashraf Hafiz membuat permohonan untuk menukar nama itu pada tahun lalu dengan Jabatan Pendaftaran Negara atas alasan bagi membolehkan dia yang kini memegang Diploma Pembantu Perubatan, dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di sebuah universiti tempatan dan tidak timbul masalah apabila dia ingin menetap di asrama.

Isaacs berkata, Mohd Ashraf Hafiz secara fizikal dan psikologinya adalah seorang wanita.

Malah katanya, anak guamnya itu telah merujuk kepada hospital pakar di Putrajaya dan didapati dia layak membuat pembedahan menukar jantina.

Ibu Mohd Ashraf Hafiz, yang turut dipanggil semasa prosiding sebelumnya turut menyokong hasrat anaknya itu kerana percaya anaknya memiliki dua jantina.

Katanya, semasa mengandung, dia begitu teringinkan anak perempuan.

Ibunya turut menyatakan organ seksual anaknya juga berlainan daripada lelaki normal, iaitu terlalu kecil dan dilihat tidak berfungsi dengan baik, terutama ketika bangun tidur pada waktu pagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved