Selasa, 19 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Internet bunuh industri media cetak

Posted: 17 Jul 2011 05:00 PM PDT

Satu laporan khas - majalah The Economist siaran minggu lepas, mengupas dunia media baru dengan mendalam, terutamanya selepas kejadian protes di Tahrir Square.

Artikel ditulis sebelum lanjutan perkembangan kes News of the World (melibatkan kes merakam secara haram perbualan telefon ahli politik, selebriti, keluarga mangsa pembunuhan) yang memalukan hartawan media global Rupert Murdoch ini menggariskan perkembangan luar biasa dan pendemokrasian radikal industri berita, di mana teknologi atasi model perniagaan tradisional.

The Economist menyatakan, industri berita global sedang alami perubahan dramatik - sesuatu yang kita di Malaysia juga alami.

Ternyata, dalam era sebelum kedatangan surat khabar, orang ramai bertukar-tukar berita secara muka ke muka: di kedai kopi, warung dan pasar.

Berita yang disampaikan selalunya bercampur-aduk dengan gosip dan sering tidak tepat, maka terpulang kepada individu untuk menentukan kebenaran berita yang didengari secara sendiri. Jelas sekali ini adalah dunia tukang cerita - satu keadaan di mana berlakunya kekurangan dalam kebenaran dan penipuan berada di setiap sudut.

Akan tetapi, menurut The Economist, industri berita sedang berhadapan kepulangan masa lampau yang mengejutkan. Perbualan secara rawak di pasar kini digantikan oleh celotehan media sosial - dari Twitter, Facebook dan YouTube.

Ironinya, kita akan saksikan keretakan dalam perdebatan awam, kerana kini suara yang berbeza mula membanjiri persada media perdana.

Ini juga disertai penurunan jualan dan penetrasi media tradisional (seperti akhbar dan majalah). Pada masa sama anda juga harus bertanya kepada diri: 'bilakah kali terakhir membaca akhbar fizikal?' Bukankah menyelak halaman akhbar di Ipad atau Blackberry itu lebih mudah dan percuma?

Sudah tentu keadaan industri media cetak berbeza dari negara ke negara. Sememangnya, sebaran berita di internet punya kesan paling dramatik pada industri akhbar di Britain dan Amerika, di mana semuanya mengalami penurunan yang besar dalam pengedaran dan keuntungan, terutama hasil dari pengiklanan.

Menariknya, di sebalik kesuraman industri media Barat, masih terdapat pertumbuhan dalam edaran akhbar di India, Brazil dan Indonesia.

Dari perspektif politik, penguasaan industri media oleh individu dan firma swasta menyebabkan pemusatan pengaruh di luar batasan politik.

Mereka yang miliki akhbar boleh menjadi sangat berkuasa dengan cepat, contohnya William Hearst, Beaverbrook dan semestinya Rupert Murdoch. Mereka ini sering kelihatan berdampingan dengan orang-orang yang berkuasa.

Lumrah ahli-ahli politik tidak suka persaingan kuasa. Justeru, mereka akan berusaha untuk membendung pengaruh pemilik media. Lihat sahajalah, ahli-ahli politik Britain pantas meninggalkan Murdoch yang dilanda masalah.

Walau bagaimanapun, di negara-negara seperti Malaysia, dengan peraturan-peraturan pelesenan akhbar yang ketat, penguasaan terhadap media perdana dengan jelasnya memihak kepada kerajaan dan parti politik.

Kepemilikan akhbar oleh parti-parti politik dan sekutu mereka adalah kunci utama Barisan Nasional kekal berkuasa selama lebih lima dekad.

Tetapi masa berubah. Revolusi internet menggegarkan surat khabar Malaysia yang kebanyakannya juga mengalami penurunan besar dalam edaran.

Kita kini berhadapan dengan senario yang unik di Malaysia. Kita ada media terbahagi di tengah-tengah - dengan media perdana (konvensional) yang menyokong BN dan media berasaskan web yang kebanyakannya menyokong Pakatan Rakyat (PR).

Walau bagaimanapun, strategi komunikasi politik BN seakan-akan berpuas hati dengan penguasaan terus media perdana. Mereka selesa mengekori perkembangan PR - mendepani persaingan perang siber. Walaupun ada perubahan dalam strategi komunikasi siber BN sejak 2008, tetapi perubahan ini terlalu minimum. Contohnya, tatkala PR sibuk berperang psikologi di laman Twitter, penyokong BN masih bertempur di medan blog.

Sesungguhnya, penerusan kongkongan terhadap media perdana dan kelemahan kuasai perang siber menyebabkan BN ketinggalan selangkah di belakang.

Saya perlu menambah, walaupun banyak akhbar alami kerugian, tetapi dua akhbar kegemaran saya, Sinchew Daily dan Sinar Harian - masih kukuh kerana komitmen mereka terhadap berita tempatan. Asas kukuh dan rasa kemasyarakatan yang kuat, akhbar-akhbar ini mengatasi kerugian dalam pengedaran yang menjadi penyebab mengapa tukang cerita menyokong mereka dengan sepenuh hati!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Antara kebersihan dan kekotoran

Posted: 17 Jul 2011 05:00 PM PDT

Membaca nukilan terbaru Sasterawan Negara, A Samad Said bertajuk Bersih, Bersih ... Kasih, Kasih! mengingatkan saya perkataan ini simbol amat menakutkan pemimpin-pemimpin kerajaan dan jentera-jentera yang digunakan untuk menekan serta menakutkan rakyat.

Bersih 2.0 melambangkan tuntutan pilihan raya yang bersih dan adil merupakan perkataan sangat dibenci kalangan pemimpin-pemimpin negara sehingga sesiapa memakai baju kuning bersimbolkan perkataan itu ditangkap dan sehingga kini masih lagi ditangkap walaupun perhimpunan Bersih 2.0 telah berakhir seminggu lepas.

Saya percaya yang menakutkan mereka bukan simbol itu, tetapi lapan perkara yang dituntut oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil, iaitu;

Bersihkan senarai undi, mereformasi undi pos, guna dakwat kekal, akses media bebas dan adil, masa berkempen minimum 21 hari, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Ia seperti dinukilankan oleh Pak Samad dalam puisinya itu;

"Kelompok kuasawan tertentu itu bersungguh-sungguh menghalang, menghadang, mengekang dan memalang upacara penyampaian Memo Bersih.

"Hanya Tig saja tampaknya tidak henti-henti mendecipkan—menceritakan—tentang bagaimana ribuan manusia yang disengkang datang ke tempat perhimpunan itu.

"Gas pemedih mata dan pancutan air menyeksa menyambut aliran manusia. Kelompok kuasawan terpilih benci mendengar lirik senandung "Bersih" dinyanyikan seharmoninya." Penjelasan dapat dikatakan, pemimpin-pemimpin kerajaan sememangnya takut dengan tuntutan-tuntutan bersih ini kerana mereka telah bergelumang dengan kekotoran pilihan raya sejak berabad lamanya.

Sehingga kini, tidak ada satu usaha dilunaskan demi melaksanakan tuntutan-tuntutan tersebut; sebaliknya apa dilakukan ialah terus dengan propaganda jahat terhadap Bersih 2.0 untuk menolak tuntutan-tuntutan tersebut daripada dilaksanakan.

Namun ketika pemimpin-pemimpin ini ketakutan, rakyat menjadi mangsa hilang ketakutan mereka kepada pemimpin-pemimpin yang kotor ini. Ketakutan pemimpin-pemimpin ini dengan bertindak tidak rasional terhadap Bersih dan lapan tuntutan dikemukakan, membuka mata rakyat untuk menuntut pelaksanaan tuntutan tersebut.

Semua perkara ini tidak mungkin dicapai dalam sekelip mata sekiranya pemimpin-pemimpin ini bertindak secara tidak rasional, tidak menutup Kuala Lumpur dengan sekatan-sekatan jalan raya di seluruh jalan utama sehinggakan Kuala Lumpur lengang dari kenderaan. Ia juga tidak mungkin berlaku jika polis dan FRU bertindak menembak peluru gas pemedih mata secara terus dan tidak menuruti prosedur kepada rakyat yang berhimpun sehingga mencederakan ramai dan mengakibatkan kemalangan jiwa Arwah Baharuddin Ahmad!

Kejayaan untuk menyedarkan rakyat betapa kotornya pilihan raya tidak akan dicapai sekiranya pemimpin-pemimpin ini tidak mengambil tindakan terhadap pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang buat tuntutan itu.

Tidak ramai rakyat akan menyedari hak-hak mereka dalam pilihan raya sekiranya pemimpin-pemimpin ini tidak terlalu takut kepada warna kuning yang mempunyai simbol Bersih 2.0. Seperti puisi Pak Samad;

"Senja itu masyarakat hewan berkumpul lagi untuk menilai dan menafsir tindakan manusia dalam Peristiwa 9 Julai itu.

"Merjah tidak faham mengapa kelompok kuasawan "terpilih" begitu cemburu terhadap upaya memperbaik iklim demokrasi. Demokrasi rupa-rupanya ingin dikacip kepaknya agar tidak dapat terbang bebas.

"Sebaik khalayak hewan penuh, Merjah pun bersyarah: "Hari ini kita belajar tentang kemurnian gerakan Bersih."

Kini kebangkitan untuk pilihan raya yang bersih dan adil tidak lagi boleh disekat-sekat, ia telah bersemadi di sanubari rakyat walaupun ramai tidak menyertai perhimpunan aman Bersih 2.0. Sambutan kuning semasa lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di United Kingdom jelas membuktikan, kerajaan tidak punya pilihan lain kecuali laksanakan segala tuntutan Bersih 2.0. Ayuh, maju terus!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved