Ahad, 17 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sikap berbahasa: Bahasa Melayu, Inggeris

Posted: 16 Jul 2011 05:00 PM PDT

Perbincangan tentang bahasa Melayu dan Inggeris tampaknya tidak mudah tiba pada pengakhirnya. Hal ini kerana kedua-dua bahasa tersebut amat penting dalam konteks Malaysia. Apabila kita membaca setiap pandangan dalam polemik yang panjang ini, kita dapati isinya tidak begitu ditambah-tambah. Perkara yang diulang-ulang ialah emosi dan sindiran.

Perbahasan diteruskan, serentak dengan itu kemajuan penggunaan dan pembelajaran kedua-dua bahasa itu tetap diusahakan, baik oleh institusi pendidikan swasta, mahupun Kementerian Pelajaran.

Dalam tutorial lepas, saya sebutkan tentang yuran agak mahal untuk kursus bahasa Inggeris, iaitu melebihi RM1,000 untuk sebulan. Anak-anak muda masih sanggup ke institusi berkenaan, kerana yakin bahasa Inggeris akan membawa mereka ke arah kemajuan. Ibu bapa yang mampu tidak keberatan, anak-anak itu dahagakan ilmu, dan yang mahu dikuasainya ialah bahasa Inggeris. Ini tidak berbeza daripada ilmu lain, misalnya Biologi, Sejarah, Teknologi Maklumat dan banyak lagi.

Nilai yang diberikan kepada bahasa Inggeris cukup tinggi atas alasan pekerjaan. Jika pejuang bahasa Melayu betul-betul ingin menaikkan nilai bahasa Melayu mengikut jalan sama, maka segi pekerjaanlah yang perlu difikirkan secara serius. Ambil hakikat ini: Pertama, pemegang ijazah mahir bahasa Inggeris akan memperoleh pekerjaan lebih cepat, dan pangkatnya lebih tinggi berbanding pemegang ijazah yang sama, tetapi tidak dapat berbahasa Inggeris dengan baik. Kedua, terdapat pemegang diploma berjawatan lebih tinggi (atau gaji besar) daripada pemegang ijazah, kerana si pemegang diploma mahir berbahasa Inggeris. Ini berlaku di firma-firma.

Mungkin sukar untuk pejuang bahasa Melayu mendapatkan jalan sama buat masa ini. Dari segi politik, kita sering mendengar kecintaan kepada bahasa Melayu dalam gaya palsu melalui percakapan ahli politik dan pemimpin lain di televisyen dan pada majlis-majlis ceramah.

Apakah sikap kita terhadap perkara ini?

Bagi saya senang sahaja, jangan bersikap sinis. Pelajarilah ciri-ciri bahasa Inggeris yang menimbulkan rasa cinta orang kita, dan orang lain juga. Saya ada moto, "bahasa Melayu kita cintai, bahasa Inggeris kita hargai", dengan makna tertentu. Kamal Shukri Abdullah Sani (Timbalan Presiden Persatuan Linguistik Malaysia) membawa moto "bahasa Melayu di junjung, bahasa Inggeris dikendong". (Berita Harian, 14 Julai 2011). Kamal Shukri hairan, mengapakan orang terlalu takut kalau-kalau tersilap berbahasa Inggeris, sedangkan mereka tidak bimbang jika tersilap dalam berbahasa Melayu? Orang merasakan bahasa Melayu berada di tahap alat komunikasi biasa, yang tidak memberatkan kata dan sistem berwibawa.

Telah saya sarankan dalam tulisan yang lepas, nilai tinggi bahasa Melayu berada dalam buku dan makalah-makalah ilmiah. Apabila orang menganggap mempelajari bahasa Melayu itu bererti mencari atau mendapatkan ilmu tinggi, maka orang akan menghargainya. Kita, (ertinya saya, Kamal Shukri, Rejab F.I., Zakaria Ariffin) dan sederet nama yang panjang, tidak akan berjaya di mana-mana peringkat pun, jika kita melaung di tahap emosi. Sayangilah orang berbahasa Inggeris (seperti Datin Noor Azimah Abdul Rahim, Ketua PAGE (Parent Action Group for Education), seperti mana kita sayangi orang berbahasa Melayu.

Satu hal yang agak sering diulang-ulang ialah penamaan bahasa Melayu dan Bahasa Malaysia. Terdapat pekeliling meminta kita menggunakan Bahasa Malaysia untuk urusan rasmi. Kamal Shukri dalam tulisan sama menyatakan bahasa Melayu itu betul, manakala bahasa Malaysia adalah salah. Namun Presiden Persatuan Linguistik Malaysia, Prof Dr Norhashimah Jalaludin menyebutkan Bahasa Malaysia, dan sekali pun tidak menyebut bahasa Melayu dalam tulisannya (New Straits Times, 19 April 2011).

Bagi saya, perkara itu kecil. Bahkan, apabila Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Padang Besar, Shapie Derani, mengatakan bahasa Melayu ialah bahasa zaman Semenanjung Tanah Melayu, manakala Bahasa Malaysia ialah bahasa zaman tertubuhnya Malaysia, saya lihat ada benarnya. Hal-hal seperti ini tidak memerlukan rujukan perlembagaan. Tingkatkan bahasa kita ini, bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia, agar ia sejalan dengan bahasa Inggeris, walaupun kita mungkin berjaya dalam masa 300 tahun lagi.

Najib, Nik Aziz, Yingluck

Posted: 16 Jul 2011 05:00 PM PDT

Niat baik tidak mesti membawa kita kejayaan apa lagi masuk syurga. Penguasaan ilmu lebih penting dari mengetahui tatabahasa! Sebaik-baiknya kedua-dua lah. Tanpa pengetahuan apa yang kita boleh tulis atau sampaikan walaupun bahasa/ejaan/idiom kita betul?

Ingatan saya cepat kembali pada tahun 1959: Tun Razak, ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan saya wartawan Straits Times Singapura bertugas di Kuala Lumpur. Sebelum pilihan raya umum 1959 – iaitu PRU pertama selepas merdeka; PRU pertama pernah berlaku di Tanah Melayu ialah tahun 1955 – Timbalan Perdana Menteri telah menolak cadangan dan desakan Kesatuan Guru-Guru Melayu Semenanjung yang berpengaruh itu agar Sultan Idris Training College (SITC) di Tanjung Malim dinaikkan taraf sebagai sebuah universiti. Sebabnya simple dan munasabah sungguhpun tidak bijak dari segi politik: mana boleh sebuah institusi rendah melatih guru-guru sekolah rendah atau primary schools dalam Bahasa Melayu menjelma sebagai institusi pengajian tinggi? Sistem pendidikan seperti tentera, perkhidmatan awam juga organisasi media bertata tingkat: dengan peringkat-peringkat kuasa, taraf – dari yang paling rendah hingga kepada yang tertinggi. Negara kita, seperti United Kingdom, tegas Speaking: 'a hierachical society.' Apa pun di mana pun: dari sekolah rendah ke sekolah menengah, menengah atas, kolej, universiti kolej, universiti dan akademi. Di media – pemberita, ketua pemberita, penolong editor, pengarang, penulis lidah pengarang, ketua pengarang, pengarah urusan dan pengerusi.

Zaman itu kita hanya ada dua tiga kerat saja pensyarah universiti anak Melayu antaranya Ungku Aziz. Mana bisa mahu ada sebuah universiti yang bahasa pengantarnya Bahasa Melayu? Syukur Alhamdulillah, sesudah lama diperjuangkan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akhirnya tertubuh atas kehendak Tun Razak (kerana desakan dan kepentingan politik bukan sebab pendidikan dalam Bahasa Melayu!). Tunku Abdul Rahman dan Khir Johari tidak berapa senang tetapi turut kehendak Biro Politik UMNO yang berpengaruh dan berkuasa serta dipengerusikan oleh Tun Razak. Antara anggotanya yang terpenting ialah Tun Ismail dan Khir Johari. Tun Ismail, setelah berbincang empat mata dengan Tun Razak, menyokong pendirian Tun Razak. Lama setelah UKM berjaya barulah SITC dinaikkan tarafnya kepada universiti.

Antara akibatnya – menolak keinginan Kesatuan Guru-Guru Melayu – UMNO kalah teruk di Terengganu dan Kelantan di tangan Pas tahun 1959. Guru-guru Melayu di bawah kepimpinan Cikgu Mohd Nor Ahmad dari Pulau Pinang, majoriti tokoh UMNO yang terdiri dari guru 'memberontak' dalam pilhan raya itu. Ramai juga sebelum dan selepas pilihan raya itu berhijrah kepada Pas. Waktu penubuhan UKM dibincangkan dalam Biro Politik UMNO – Musa Hitam, setiausaha kerja UMNO dan saya sebagai setiausaha politik Tun Razak hadir atas nama jawatan – Tun Razak dan Tun Ismail tidak mahu peristiwa krisis antara UMNO dan guru-guru Melayu berulang maka penubuhan UKM direstui dan kerajaan diarah melaksananya secepat mungkin. Lagipun pada perkiraan Biro Politik masanya sudah sampai 'dan kena' kata orang Kelantan.

Ilmu kuasa – knowledge is power. Pengetahuan mesti dikejar. Madah Speaking: 'good genes can give an edge, but the right learning/working environment benefits a man or a woman – gen yang baik menyumbang kepada kualiti yang diwarisi. Persekitaran pendidikan/tempat bekerja juga membantu...'

Dalam kolum saya, 21 Januari 2010, saya telah menggunakan istilah REALPOLITIK – sebutan real – pol – i – tik, asal bahasa Jerman yang telah lama diserap ke dalam Bahasa Inggeris ditukar oleh seorang penyunting (saya diberitahu seorang graduan sebuah universiti di utara tanah air) kepada realpolitics. REALPOLITIK (bukan realpolitics) bermakna kekuasaan bergantung semata-mata kepada kuasa totok dan keadaan masa, buka pada falsafah atau idealisme atau moral bagi mencapai kejayaan/matlamat. Minggu lepas kesalahan yang sama berulang. Kata Speaking: 'the same mistake was repeated!' Yang jelas salah sebab keralatan saya sendiri ejaan 'reconcilliation' (salah) dalam kolum itu tidak pula dibetulkan padahal ejaan sebenar perkataan itu hanya satu L sahaja (reconciliation). Apa pun, kalau berwaswas, check lah; kalau tak tahu, tanyalah atau hubungi kolumnis atau rujuk pada fail lama atau kamus! Sesungguhnya kerja kuat, rajin membaca menyumbang kepada bakat.

Demonstrasi BERSIH telah selesai. Semua pihak mendakwa hajat masing-masing tercapai! Kalau saya Perdana Menteri walaupun minda cetek, saya akan melakukan perhitungan politik yang amat salah jika saya mengadakan PRU 13 secara terkejut atau snap polls. Apabila Parlimen dibubar hak mutlak PM (dengan persetujuan Yang di-Pertuan Agong). Adalah prerogatif Tuanku untuk memilih siapa perdana menteri dan bila Parlimen dibubarkan. Siapa berjaya petang Sabtu 9 Julai akan ditentu oleh pengundi dalam pilihan raya umum sama da diadakan tahun depan atau 2013. Saya tidak jangka PRU 13 akan berlangsung pada 11.11.11 atau tahun ini. Perdana Menteri Najib bukan naif, bukan kavalier (tidak berfikir panjang); dia pemimpin yang berhati-hati seperti ayahnya dalam percaturan politik.

Tok Guru Nik Aziz menegaskan dia sokong Bersih dan sedia menunjangkan Bersih yang akan datang. Tambahnya, rakyat perlu diberi peluang dan kebebasan meluahkan perasaan tanpa sekatan. Bisa macam kita berlalu di Mekah dan Saudi Arabia, Tok Guru? Saya juga, seperti Tok Guru, mahu masuk syurga. Siang malam berdoa semoga dosa diampuni-Nya dan diberi pahala pada apa yang saya lakukan yang diperkenankan-Nya. Bagi mencapai keinginan ini kita mesti bersih peribadi, politik, pentadbiran kerajaan, agama, bisnes, media, urusan kewangan, pembahagian zakat hanya pada yang berhak. Menunaikan semua perintah Allah termasuk amal jariah, meninggalkan wang dan harta untuk digunakan bagi pendidikan dan kesempurnaan hidup ummah. Ramai solat tetapi tidak ramai pula yang meninggalkan umpat mengumpat, caci mencaci, gosip, fitnah, hasad dengki, rasuah dan seks haram dan yang berpoligami pula jarang adil! Menipu, merompak, membunuh dan menafikan hak-hak rakyat berleluasa! Dan mempersekutukan Allah Taala!

Yingluck, bakal Perdana Menteri Thailand, belum disahkan oleh Suruhanjaya Pilihan raya Thailand dia memenangi kerusi Parlimennya. Kita di Malaysia, si pemenang boleh tubuh kerajaan keesokan harinya! Baiknya kita! Di Thailand, walaupun Yingluck dan sekutunya, menang dan kontrol 3/5 anggota Parlimen yang berjumlah 500 itu belum dapat melakukannya. Perdana Menteri Thailand hanya boleh dilantik selepas Parlimen bersidang dan Speaker dipilih – kedua-dua memerlukan masa dua bulan setelah semua pemenang diperakui oleh SPR. Kita di Malaysia lantik PM dahulu. Speaker kemudian! Hebat dan untungnya kita!

Demokrasi ada berbagai bentuk – demokrasi berparlimen, demokrasi ala presidential dan demokrasi ala komunis; demokrasi ala Singapura, ala kita dan Thailand. Sebagai demokrat kita harus faham atas prinsip-prinsip demokrasi ala masing-masing kalau tidak jangan bertanding dalam pilihan raya yang diagak dan dilihat tidak telus serta adil!

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved