Selasa, 26 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Kerajaan lebih mendengar

Posted: 25 Jul 2011 05:00 PM PDT

Kerajaan lebih mendengar

SHAH ALAM - Protes anjuran bersih pada 9 Julai lalu dianggap mewujudkan kesedaran kepada kerajaan supaya lebih mendengar suara rakyat.

Menurut Prof. Shamsul Amri, perkembangan sosial dan politik di negara ini sedang menuju ke hadapan kerana rakyat lebih jelas dengan pelbagai perkara berkaitan politik negara.

"Orang ramai dapat melihat pelbagai perkara dengan lebih jelas selepas 9 Julai," katanya.

Beliau juga berpendapat wacana hari ini berjaya membincangkan isu yang diketengahkan walaupun berlaku sedikit konfrontasi antara penonton.

"Segelintir orang mempunyai kemarahan yang dipendam lama jadi bagus kita dapat mendengarnya dalam perbincangan hari ini," katanya lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kajian biometrik SPR di peringkat akhir

Posted: 25 Jul 2011 05:00 PM PDT

Kajian biometrik SPR di peringkat akhir

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya kini di peringkat akhir dalam melakukan kajian terperinci berhubung pelaksanaan sistem biometrik dalam pilihan raya.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, selari dengan perkembangan teknologi, sudah tiba masanya sistem pilihan raya di negara ini menggunakan sistem biometrik bagi menyemak maklumat peribadi 12 juta pemilih berdaftar.

Walaubagaimanapun, menurutnya, ianya masih dalam kajian dan belum secara rasmi diumumkan akan dilaksanakan dalam piliha raya umum ke 13 nanti.

"Jika kajian banyak memberi kebaikan kita akan laksanakan, jika sebaliknya ianya tidak akan dilaksanakan.

"Rakyat jangan risau dengan dakwaan manipulasi sistem biometric ini kerana hanya warganegara Malaysia sahaja yang akan ada dalam sistem daftar pemilih," katanya dalam Program Wacana Sinar Harian Siri Kelima bertajuk 'Apa Selepas 9 Julai' di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf di sini semalam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved