Jumaat, 22 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Luluskan Akta Pekerja Sosial

Posted: 21 Jul 2011 05:00 PM PDT

Luluskan Akta Pekerja Sosial KUANTAN - Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia (Makpem) mahu Akta Pekerja Sosial diluluskan dengan segera bagi memastikan setiap pekerja sosial yang berada di bawah badan bukan kerajaan (NGO) Kebajikan mempunyai kemahiran dan pengalaman.

Presidennya, Datuk Halim Ibrahim berkata, cadangan tersebut sudah disuarakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sejak dua tahun lalu namun masih tiada sebarang kelulusan.

Menurutnya, keperluan terhadap akta tersebut penting ke arah memastikan perkhidmatan yang disediakan pekerja sosial berada di tahap yang terbaik sepanjang masa.

"Kita mahu tugas pekerja sosial terkawal dan efisien terutama dalam mentadbir urus soal kebajikan setiap golongan.

"Saya percaya, dengan wujudnya akta itu nanti akan melahirkan pekerja sosial yang mahir dalam bidang masing-masing," katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian sumbangan kepada warga emas, ibu tunggal dan orang kurang upaya di Kampung Cempaka, di sini.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Pahang, Rohizah Mohd Razali, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Cempaka, Mat Lazim Kadir.

Sementara itu, Mat Lazim berkata, sumbangan tersebut diberikan kepada golongan yang kurang bernasib baik bagi meringankan beban mereka.

Pada majlis itu, seramai 84 penerima yang layak menerima bantuan yang disumbangkan penderma menerima keperluan asas seperti beras.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved