Rabu, 27 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Rompak ibu saudara

Posted: 26 Jul 2011 05:00 PM PDT

Rompak ibu saudara KOTA BHARU – Seorang pemuda dari Kampung Kota, di sini berdepan seksaan penjara sehingga 20 tahun selepas dituduh merompak ibu saudaranya sendiri dalam kejadian di Pasir Puteh lebih tiga minggu lalu.

Berikutan tuduhan itu, Nur Aizat Ibrahim Affandi, 26 bersama rakanya, Wan Mohd Khairul Wan Mohd Sidek, 24 dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu, di sini, semalam.

Mengikut pertuduhan yang dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Intan Nur Hilwani Mat Rifin, mereka didakwa secara bersama melakukan kesalahan terhadap warga emas berusia 66 tahun tersebut bertempat di Banggol Sentul, Selising, Pasir Puteh, 4 Julai lalu.

Dalam kejadian jam 1.30 petang itu, Nur Aizat dan Wan Mohd Khairul dikatakan secara berkumpulan merompak Rokiah Abdullah dengan mengambil seutas rantai tangan, rantai leher dan seunit telefon bimbit menyebabkan mangsa kerugian RM12,000.

Selain penjara sehingga 20 tahun, mereka boleh juga dikenakan sebat jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Pada prosiding di mahkamah semalam, kedua-duanya mengangguk tanda faham sejurus pertuduhan terhadap mereka selesai dibacakan jurubahasa mahkamah.

Walau bagaimanapun, tidak ada sebarang pengakuan salah rekodkan sebaliknya masing-masing memohon mahkamah untuk dibicarakan atas tuduhan tersebut.

Hakim Zainal L. Salleh kemudiannya menetapkan 4 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan.

"Tidak ada sebarang jaminan ditawarkan kepada kedua-dua tertuduh," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved