Ahad, 31 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Alasan tak masuk akal

Posted: 30 Jul 2011 05:00 PM PDT

Alasan tak masuk akal KUANTAN – Alasan seorang pemandu yang tidak mengetahui kadar ketelusan cahaya lapisan cermin gelap kenderaannya tidak diterima penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Dalam operasi berkala JPJ di Jalan Sultan Ismail malam semalam, pemandu berusia 19 tahun itu mengadu, dia menghantar kenderaannya untuk ditampal lapisan cermin gelap di sebuah kedai aksesori tetapi tidak tahu kadar ketelusan yang dibenarkan.

Hasil pemeriksaan mendapati kenderaan itu dilapisi cermin gelap sehingga 89 peratus dan diberi notis 10 hari untuk membuang lapisan itu di kereta jenis Honda yang dipandunya.

Pengarah JPJ, Datuk Zakaria Man berkata, pemandu kenderaan yang bercermin gelap melebihi peratusan yang ditetapkan akan diberi notis sebelum mengenakan tindakan kompaun.

"Mereka yang gagal mematuhi notis akan dikenakan denda di bawah Seksyen 611 Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1980 iaitu sebanyak RM100," katanya selepas mengetuai operasi JPJ kali kedua tahun ini.

Beliau berkata, pemandu perlu peka dengan ketebalan cermin keretanya bagi mengelakkan disaman.

Katanya, ramai pemandu yang menambahkan lapisan cermin di kereta tanpa mempedulikan undang-undang yang ditetapkan.

"Mereka yang ditahan tidak akan terlepas dikenakan notis dan akan dikenakan kompaun jika gagal membuang lapisan cermin itu," katanya.

Seramai 40 penguat kuasa dan pegawai menyertai operasi yang bermula jam bermula jam 10 malam itu membabitkan dua lokasi iaitu Jalan Sultan Ismail dan Jalan Beserah.

Zakaria berkata, dalam tempoh dua jam pertama, sebanyak 300 kenderaan diperiksa dan 28 pemandu dikesan tidak mempunyai lesen memandu.

"Jumlah ini dianggap tinggi dan masih ramai pemandu yang tidak mempunyai kesedaran memandu dalam keadaan lesen tamat tempoh. Justeru, kita berharap mereka lebih peka dengan situasi ini bagi mengelakkan disaman," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved