Jumaat, 22 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

‘VIP’ dijel kali kelima

Posted: 21 Jul 2011 05:00 PM PDT

'VIP' dijel kali kelima KOTA BHARU – Seorang pemuda yang gemar berlagak dengan menyamar sebagai Very Important Person (VIP) dengan menjalani gaya hidup mewah sejak tiga tahun lalu sekali lagi menjerat dirinya sendiri, semalam.

Lepasan diploma dari sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan tersebut dijatuhi hukuman penjara untuk kali kelima di Mahkamah Kota Bharu, di sini, pagi semalam.

Wan Hazrul Anuar Wan Hussein dihukum 24 bulan penjara selepas didapati bersalah menyamar sebagai setiausaha sulit kepada orang kenamaan bertujuan memperdaya seorang peniaga supaya menyerahkan dua televisyen Panasonic 32 inci bernilai RM2,400, 4 Januari lalu.

Pada prosiding semalam, tertuduh yang berusia 28 tahun mengaku menyamar sebagai setiausaha sulit tersebut sebelum menghubungi Reza Nasriq Ridhuan mendakwa ada individu yang mahu memberi sumbangan televisyen kepada sebuah badan perhubungan, di sini.

Pada jam 4.15 petang, tertuduh sendiri datang ke Kedai Televisyen Wani Jaya Enterprise, Kubang Kerian dan mengambil televisyen tersebut sebelum meninggalkan sekeping cek.

Bagaimanapun ketika mangsa cuba tunaikannya mendapati ia adalah cek lama lalu bertindak melaporkan ke balai polis Kubang Kerian yang membawa kepada penahanan tertuduh 16 Mei lalu.

Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad dalam keterangannya memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal berikutan tertuduh mempunyai empat rekod kesalahan lampau.

"Rekod lampau menunjukkan tertuduh tidak insaf dengan perbuatan yang dilakukannya itu," katanya.

Majistret Nur Zakiyah Shamsudin kemudiannya mengenakan hukuman penjara tersebut bersama satu sebatan rotan terhadap Wan Hazrul Anuar mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Wan Hazrul Anuar dari Taman Uda Murni, Pengkalan Chepa, di sini sedang menjalani hukuman tiga tahun penjara dan lima sebatan rotan bersabit kesalahan menyamar anak Exco, 26 April lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved