Selasa, 19 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Bantah perjumpaan ahli SMSL

Posted: 18 Jul 2011 05:00 PM PDT

Bantah perjumpaan ahli SMSL TRIANG – Hampir 200 individu mewakili pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membantah perjumpaan ahli 'Save Malaysia Stop Lynas' (SMSL), dekat sini, kelmarin.

Perhimpunan secara aman itu dilakukan berdekatan lokasi perjumpaan SMSL kerana membantah tindakan mereka yang cuba meracuni minda penduduk di seluruh daerah ini mengenai 'bahaya' projek diusahakan Lynas.

Ketuanya, Mohd Sayuti Zakaria berkata, mereka membantah bukan untuk menimbulkan huru-hara, sebaliknya mahu menghentikan dakwaan tidak betul mengenai projek itu.

Menurutnya, satu kajian antarabangsa sudah dilakukan untuk memastikan bahan dihasilkan kilang itu tidak menjejaskan penduduk terutama bagi mereka yang tinggal di sekitar kawasan Gebeng, Kuantan.

"Kami yakin projek ini tidak akan memudaratkan orang ramai kerana mustahil kerajaan tidak meneliti perkara itu sebelum bersetuju ia dilaksanakan di negara ini," katanya.

Mohd Sayuti berkata, SMSL sebenarnya dibayangi parti pembangkang yang sentiasa tidak akan pernah setuju dengan setiap rancangan atau projek dilaksanakan kerajaan.

"Dulu mereka pernah berjanji sekiranya kerajaan boleh mengesahkan bahawa projek Lynas tidak memudaratkan, mereka akan akur dengan keputusan kerajaan. Tetapi, apabila keputusan dikeluarkan, mereka tidak setuju malah menubuhkan SMSL untuk membantah projek ini," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemayan, Mohd Fadil Osman yang kelihatan hadir pada perhimpunan itu berkata, kehadirannya adalah untuk memastikan anak buahnya tidak melakukan perkara tidak diingini.

"Berdasarkan pemerhatian, mereka hanya mengadakan perhimpunan secara aman membantah tindakan SMSL.

"Bagi saya, setelah mendapat penjelasan daripada kerajaan termasuk keputusan dikeluarkan pakar antarabangsa, mereka tidak perlu risau terhadap tahap keselamatan rakyat mengenai unsur nadir bumi yang mempunyai nilai tinggi dan penting untuk pelbagai industri berteknologi tinggi," katanya.

Mohd Fadil berkata, kerajaan mengenakan syarat tertentu kepada Lynas termasuk mengawal selia projek berkenaan supaya apa yang dihasilkan kilang itu tidak menjejaskan rakyat.

Katanya, SMSL atau parti pembangkang seharusnya bersikap positif mengenai projek itu memandangkan ia mampu menjana hasil kepada negara sekurang-kurang RM8 bilion setahun.

Sinar Harian difahamkan, beberapa wakil perhimpunan itu membuat laporan polis berikutan tindakan SMSL membantah projek Lynas.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved