Selasa, 26 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

‘Selangorku’ di hati rakyat

Posted: 25 Jul 2011 05:00 PM PDT

'Selangorku' di hati rakyat SHAH ALAM – Kelahiran 'Selangorku' disifatkan sebagai keakraban rakyat dan Kerajaan Negeri dalam menjayakan pembangunan negeri.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tema Selangorku dipilih dan logo yang diberikan adalah ringkas, iaitu hanyalah perkataan 'Selangorku', yang menonjolkan huruf "O" dalam bentuk hati membawa maksud Selangor sentiasa di hati rakyat.

Beliau berkata, logo itu juga lambang kerjasama rakyat dan Kerajaan Negeri menjayakan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

"Bagi Kerajaan Negeri, dasar dan keputusan adalah digubal dan diputuskan dengan mengambil kira kebajikan rakyat. Ciri ini terkandung dalam tema 'Selangorku'." katanya ketika berucap merasmikan logo Selangorku di Stadium Malawati Shah Alam di sini, kelmarin.

Abdul Khalid berkata, pemimpin dan rakyat mempunyai taraf sama dari segi peluang dan ruang untuk menambah pendapatan dan meningkatkan kualiti kehidupan di Selangor.

"Amalan kroni, nepotisme, komisen lima atau 10 peratus serta 'projek untuk keluarga dan pemimpin parti' dan sebagainya segera dihapuskan sejak pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor.," katanya.

Beliau berkata, penciptaan logo 'Selangorku' juga menggambarkan dasar yang dilaksanakan Kerajaan PR Selangor seperti dasar MES, yang dengannya semua hasil negeri diberikan terus kepada rakyat.

"Logo 'Selangorku' menggunakan warna kuning, merah dan hitam dan perkataan 'Selangorku' (MySelangor) digunakan untuk menggambarkan cinta yang mendalam dalam kalangan rakyat (termasuk Kerajaan) kepada negeri ini sebagaimana yang terkandung dalam ungkapan 'apa sahaja yang kita lakukan, kita lakukan untuk rakyat'," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved