Khamis, 21 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Nyaris maut angkara suami

Posted: 20 Jul 2011 05:00 PM PDT

Nyaris maut angkara suami KUANTAN - Seorang bekas jurujual hampir berdepan maut apabila suaminya cuba mencederakannya menggunakan alat renjatan elektrik ketika cuba melarikan dari sebuah tokong di Taman Angkasa, Air Putih, di sini ke rumah bapa saudara, kelmarin.

Mangsa yang lebih mahu dikenali Madam Si,28 tahun sempat menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa angkara suaminya lebih dikenali Chong, 35 dengan bersembunyi di rumah bapa saudaranya itu.

Itu penderitaan yang ditanggung ibu kepada dua anak lelaki berusia 8 dan 3 tahun sejak Mac tahun lalu akibat didera suaminya dan sehingga kini, 15 laporan polis dibuat namun hingga sekarang, masih tiada jalan penyelesaian.

Dakwanya, pihak polis tidak dapat bertindak kerana kes itu adalah masalah keluarga namun dia pula semakin takut kerana ugutan dan tingkah laku suaminya sebelum kali terakhir membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan pada 5 Julai lalu.

Biarpun mendapat perlindungan sementara atas arahan mahkamah selama setahun pada 5 April tahun lalu, Si masih tertekan dan diburu ketakutan dek keganasan suaminya yang mula mengganas sejak terlibat dengan dadah sintetik.

Si ditemui ketika mengadakan sidang media di pejabat Khidmat Ahli Parlimen Kuantan, di sini semalam untuk meminta pertolongan kerana tidak mampu menanggung penderitaan dengan sikap suaminya yang panas baran dan cemburu melampau.

Hadir sama, Pegawai Khas Ali Parlimen, Sim Chon Siang dan Pengurus Pusat Khidmat, Norbaini Abu Bakar.

Menurutnya, dia sudah berkahwin selama 8 tahun dengan suaminya yang juga seorang 'ah long' dan mengakui sikap panas barannya sejak mula lagi namun makin parah selepas terbabit dengan dadah.

"Suami kuat cemburu dan selalu menuduh saya menyimpan lelaki lain di luar dan kali pertama dipukul, saya dilayan seperti binatang, ditarik seperti seekor anjing di depan rumah.

"Pernah juga saya dipukul dan dicampakkan dalam longkang di Semambu ketika balik bekerja selepas suami menghalang kenderaan saya," katanya turut gusar dengan keselamatan dengan dua anaknya.

Si berkata, suaminya turut mengugut beberapa bekas majikannya menyebabkan dia tidak dapat bekerja kerana mereka takut untuk mengupahnya dan kini kedua ibu bapanya yang kian uzur menjadi tempat buatnya bergantung.

Menurutnya, dia merayu terhadap mana-mana pihak untuk membantunya kerana sudah tidak mampu dengan ugutan dan perbuatan suaminya yang semakin melampau selain dia sendiri ingin memulakan hidup baru untuk menanggung keluarganya

"Dah banyak kali saya tukar kerja kerana masalah ini, kawan-kawan pun sudah hilang kerana takutkan suami dan kini saya dalam proses menuntut penceraian terhadapnya.

"Namun suami juga pernah mengugut tidak akan melepaskan saya biarpun sudah bercerai dan berkata, mati pun biar sama-sama," dakwanya.

Sementara itu, Chon Siang berkata, dia pernah menasihatkan mangsa itu supaya mendapatkan bantuan daripada sebuah pertubuhan wanita di Kuala Lumpur iaitu Women Aid Organization (WAO) untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi Si.

Menurutnya, beliau mengharapkan pihak polis bertindak segera sebelum kejadian lebih serius berlaku seperti kehilangan nyawa sekali gus boleh menjejaskan kredibiliti pihak berkuasa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved