Sabtu, 30 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Polis dekati kumpulan remaja

Posted: 29 Jul 2011 05:00 PM PDT

Polis dekati kumpulan remaja KOTA BHARU - Polis Kelantan kini menggunakan kaedah mendekati kumpulan remaja sebagai platform baru dalam usaha membanteras dan pencegahan jenayah di negeri ini.

Timbalan Ketua Polis, Datuk Mazlan Lazim berkata, remaja adalah kumpulan yang banyak terlibat jenayah seperti dadah, lumba haram dan pelbagai kes lagi.

Menurutnya, pendekatan itu adalah untuk menjadikan remaja sebagai sumber maklumat membantu kurangkan jenayah dan bukan terlibat dalam kegiatan negatif.

"Polis akan merancang pelbagai program bersesuaian untuk menarik dan memberi kesedaran kepada remaja.

"Menerusi program sebegini diharapkan kadar jenayah dapat terus dikurangkan dan kerjasama antara remaja juga dilihat penting," katanya, semalam.

Terdahulu beliau merasmikan Program Komuniti Polis Bersama Masyarakat Sabak di Padang Tok Guru.

Hadir sama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Asisten Komisioner, Lai Yong Heng dan Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Dali Husin.

Beliau berkata, polis akan terus turun padang dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat setempat berhubung tanggungjawab pihak berkuasa serta peranan penduduk untuk membantu.

Mazlan juga mencadangkan penduduk di kawasan Sabak ini supaya aktif dengan Skim Rondaan Sukarela (SRS) kerana ia menutup ruang kepada penjenayah.

"Hasil maklumat yang saya peroleh daripada penjenayah itu sendiri, mereka sebenarnya takut untuk melakukan jenayah jika kawasan itu mempunyai sistem rondaan termasuk kawalan polis.

"Berdasarkan statistik sepanjang enam bulan pertama tahun ini terdapat tiga kes curi motosikal dicatatkan, empat kecurian kereta dan dua kejadian gaduh dilaporkan di Kampung Sabak," katanya.

Pada program berkenaan juga kumpulan penduduk Sabak diisytiharkan sebagai juara dalam pertandingan tarik tali antara polis.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved