Rabu, 20 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

SAR jadi mangsa vandalisme

Posted: 19 Jul 2011 05:00 PM PDT

SAR jadi mangsa vandalisme TEMERLOH – Lebih 170 murid Sekolah Agama Rakyat (SAR) Taman Tualang indah di sini berhadapan risiko kemalangan apabila belajar dalam keadaan kelas yang sangat daif berpunca daripada perbuatan vandalisme.

Bangunan SAR yang pada asalnya adalah masjid lama itu dipercayai menjadi tumpuan remaja lepak sehingga menyebabkan kawasan kelas kotor dan turut menyebabkan kehilangan barangan berharga.

Lebih menjijikkan apabila remaja terbabit menjadikan sebahagian kelas yang digunakan untuk mengaji al-Quran sebagai tempat buang air menyebabkan kelas berbau busuk.

Pengerusi SAR Taman Tualang Indah, Mohamad Abdul Rahman berkata, pihaknya terpaksa mengeluarkan belanja yang tinggi bagi memasang semula pendawaian elektrik yang dicuri pihak tidak bertanggung jawab itu.

Menurutnya, mereka bukan sahaja datang melepak dan memasuki kawasan kelas malah mencuri barangan berharga lain seperti wayar tembaga elektrik, kepala paip dan menconteng tandas dan kelas.

"Walaupun beberapa kali ditegur tetapi masih terdapat segelintir remaja nakal ini memasuki kelas dan merosakkan barangan termasuk meja dan kerusi murid-murid," katanya sewaktu ditemui di sini, baru-baru ini.

Mohamad berkata, siling dan bumbung bangunan kelas terbabit juga banyak pecah akibat dipijak remaja terbabit hingga menyebabkan air hujan bertakung dalam kelas.

Beliau berkata, tidak tahan dengan sikap pihak tidak bertanggungjawab itu, pengurusan sekolah terpaksa membuat laporan polis, namun perbuatan vandalisme itu masih berlaku.

"Kami dah lama pendam masalah ini dan kalau boleh tidak mahu menceritakan perkara tidak elok kepada umum namun keadaan masih berlarutan.

"Kami terpaksa mengeluarkan belanja sendiri lebih RM2,000 untuk memasang jeriji besi pada setiap pintu di kawasan sekolah bagi menangani perkara ini.

"Kami juga mengharapkan peruntukan untuk memasang pagar di sekeliling sekolah supaya tidak berulang lagi kes seperti ini," katanya.

Mohamad berkata, sekolah terbabit mempunyai 177 murid dengan lima tenaga pengajar mula beroperasi pada Mac tahun lalu.

Beliau berkata, sepanjang beroperasi, pelbagai kemudahan yang ada dirosakkan pihak tidak bertanggung jawab menyebabkan pihak sekolah terpaksa menanggung kerugian yang besar.

ADUN janji bawa masalah kepada pihak atasan

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mentakab, Datuk Chuah Boon Seong berkata, beliau sendiri akan berjumpa menteri besar supaya Kerajaan Negeri dapat bantu baik pulih sekolah terbabit.

Menurutnya, masalah terbabit dibawa ke pengetahuannya oleh pengerusi SAR dan difahamkan peruntukan sebanyak RM15,000 diperlukan untuk memasang pagar dan membaiki kerosakan pintu.

"Saya akan bawa perkara ini kepada menteri besar dan harap dapat bantuan daripada Kerajaan Negeri kerana saya sendiri lihat keadaannya sangat teruk.

"Perkara ini perlu kelulusan atasan dan bukan dari pihak saya yang meluluskannya, ia akan dinilai kerajaan sebelum peruntukan diluluskan," katanya, semalam.

Boon Seong berharap, ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah terbabit turut memainkan peranan dengan menjaga kawasan sekolah terbabit daripada dicerobohi pihak tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, sementara menunggu kelulusan Kerajaan Negeri dan kerja baik pulih, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di situ digesa lebih kerap mengadakan rondaan mencegah perbuatan vandalisme daripada berulang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved