Khamis, 28 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Seminggu tiada bekalan air

Posted: 27 Jul 2011 05:00 PM PDT

Seminggu tiada bekalan air SEPANG – Bil air mereka tidak mempunyai tunggakan dan dibayar mengikut tempoh masa yang ditetapkan namun kerana masih menggunakan meter pukal, ratusan penduduk di Pangsapuri Ruvena Villa di Taman Putra Perdana di sini terpaksa menggunakan air daripada pili bomba untuk keperluan seharian apabila bekalan itu dipotong, sejak seminggu lalu.

Difahamkan, akaun pukal yang sepatutnya diuruskan pihak pengurusan dan dibayar kepada pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) mempunyai tunggakan sehingga ratusan ribu ringgit menyebabkan agensi bekalan air membuat pemotongan meter pada 20 Julai lalu.

Akibat tindakan itu, 900 pemilik rumah daripada 22 blok pangsapuri yang masing-masing tanpa gagal membuat bayaran dan culas membayar bil sama-sama menanggung beban tidak mendapat bekalan air.

Wakil penduduk, Borhan Zainudin berkata, pemotongan air itu adalah tindakan kali ketiga diambil Syabas sejak November tahun lalu

"Pada November lalu, bekalan air dipotong selama tiga hari manakala pemotongan kedua pada Februari, bekalan itu dipotong hampir dua minggu.

"Penduduk ada membuat pembayaran bil kepada pihak pengurusan supaya ia diserahkan kepada Syabas namun tidak pasti sama ada pembayaran dibuat atau tidak sehinggalah bekalan dipotong," katanya.

Borhan berkata, kecewa dengan sikap pihak pengurusan pangsapuri itu, penduduk atas inisiatif sendiri kemudiannya membuat kutipan dari rumah ke rumah untuk membuat pembayaran terus kepada pihak Syabas.

"Dari Mac hingga 18 Julai lalu, RM77,534.25 berjaya dipungut daripada penduduk dan dibayar kepada Syabas. Manakala daripada pihak pengurusan bayaran dibuat dari Mac lalu adalah sebanyak RM107,541.95.

"Masalahnya bil air meningkat terlalu tinggi setiap bulan dan kami percaya ia berikutan pembaziran akibat paip pecah bawah tanah yang enggan dibaikpulih pihak pengurusan," katanya yang terkejut apabila Syabas mengambil tindakan memotong bekalan air pada Rabu lalu dan menuntut hampir RM80,000 sekiranya mahu bekalan disambung semula.

Katanya, masalah timbul apabila pihak pengurusan tidak mengeluarkan bil daripada April hingga Julai menyebabkan penduduk tidak menjelaskan bil mereka.

"Kami sudah melantik syarikat baru untuk menyelenggarakan pangsapuri bermula 1 Ogos. Sehubungan itu kami meminta Syabas menyambung semula bekalan sebelum pengurusan menyelesaikan isu yang timbul.

"Ramadan hampir tiba, ini akan menimbulkan kesukaran sekiranya bekalan air secara terus-terusan dipotong," katanya.

Sementara itu, penduduk yang ditemui Sinar Harian, N Krishnan, 43, berkata, mereka sekeluarga kini terbeban apabila Syabas membuat pemotongan air di pangsapuri diduduki.

"Sekarang kami terpaksa guna air dari pili bomba untuk mandi sehingga ahli keluarga mengalami gatal-gatal .Baju terpaksa hantar ke dobi dan kami terpaksa makan di luar setiap hari kerana tiada bekalan air bersih di rumah.

"Saya tiada tunggakan bil air tetapi kerana meter air utama dipotong kami turut sama menerima nasib malang tidak mendapat bekalan air," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved