Sabtu, 23 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Program pupuk pemahaman zakat

Posted: 22 Jul 2011 05:00 PM PDT

Program pupuk pemahaman zakat KUALA LUMPUR - Sebagai langkah menggalakkan lagi pemahaman masyarakat berhubung zakat, Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan (PPZ Wilayah) menganjurkan Pertandingan 'Iklan Zakat antara IPT'.

Penyertaan pertandingan ini terbuka kepada pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mahupun swasta, di mana mereka boleh menyertainya secara individu mahupun berkumpulan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Iklan Zakat Antara IPT, Azhan Ismail berkata, penganjuran ini antara lain sebagai usaha mengumpul sebanyak mungkin klip iklan untuk digunakan sebagai medium dakwah.

Menurutnya, ia juga bertujuan menarik golongan pelajar IPT untuk mengenali zakat tambahan pula mereka adalah bakal pembayar untuk tempoh akan datang.

"Ini adalah penganjuran untuk tahun kedua setelah penganjuran pertama tahun lalu mendapat sambutan menggalakkan namun kali ini peluang penyertaan lebih luas iaitu seluruh Malaysia berbanding hanya di Lembah Klang pada tahun lalu.

"Kami percaya golongan pelajar ini mempunyai idea yang lebih segar dalam menghasilkan iklan yang mampu memberi kesedaran kepada masyarakat tentang zakat," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, berdasarkan penyertaan tahun lalu, banyak penyertaan yang tersasar daripada tema sebenar yang dikehendaki, justeru pada kali ini, tema ditetapkan dan peserta hanya perlu fokus kepada apa yang dikehendaki.

Azhan berkata, terdapat lima tema berbeza iaitu Promosi Talian 1-300-88-5757, Zakat Online : www.zakat.com.my, Skim Thohir (Potongan Gaji), Keberkatan Zakat Perniagaan, dan Bayar Zakat Keluarga Bahagia.

"Walaupun tidak dinobatkan sebagai pemenang, iklan yang dihasilkan untuk setiap penyertaan akan digunakan untuk dipaparkan di Youtube dan digunakan untuk tayangan ketika sesi jelajah PPZ dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat," katanya.

Lebih menarik, hasil penyertaan kali ini akan diadili juri profesional iaitu Pengarah Kanan Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah dan pelakon terkenal, Rosyam Nor yang juga seorang pengarah dan usahawan.

Beliau yang juga Pengarah Kewangan, Pelaburan dan Pembangunan ICT berkata, apa yang perlu diberi keutamaan dalam menghasilkan iklan untuk penyertaan pertandingan adalah mesej daripada 'storyline' serta memberi pemahaman kepada masyarakat bahawa zakat bukannya sekadar zakat fitrah.

Katanya, ini kerana tapisan penilaian akan melalui jawatankuasa pertandingan terlebih dahulu yang mana akan menilai kandungan iklan yang dihantar sebelum diserahkan kepada juri profesional untuk menilai daripada sudut teknikal.

"Iklan yang terpilih berkemungkinan akan disiarkan untuk siaran televisyen seperti mana pemenang utama pertandingan tahun lalu," katanya.

Hadiah bernilai lebih RM17,000 berserta trofi dan sijil menanti lima pemenang utama serta pemenang lima kategori iaitu konsep/skrip terbaik; Pengarah Terbaik; Sinematografi Terbaik; Penata Bunyi Terbaik; dan Suntingan Terbaik.

Setiap peserta yang terlibat dalam penghasilan bahan iklan akan menerima sijil penyertaan.

Penyertaan adalah terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia tidak mengira kaum asalkan pelajar IPT dan penyertaan hendaklah dihasilkan dalam bahasa Malaysia dengan durasi selama 15 atau 30 saat sahaja.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 September dan pengumumannya dijangka pada November.

Borang boleh dimuat turun di laman sesawang, www.facebook.com/iZAKAT dan sebarang maklumat lanjut berhubung syarat penyertaan lain boleh didapati di www.izakat.tumblr.com atau hubungi Norazlina Nordin (azlina@zakat.com.my)/ Rosniza Din (rosniza@zakat.com.my) di talian 1-300-88-5757.

Setiap penyertaan perlu dihantar ke Urus Setia Pertandingan Kreatif Iklan Zakat Antara IPT 2011, Pusat Pungutan Zakat, Wisma PPZ, 68-1-6, Dataran Shamelin, Jalan 4/91, Taman Shamelin Perkasa 56100, Kuala Lumpur.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved