Sabtu, 23 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Lebih 2,000 sertai Sinar Run Jerlun 2011

Posted: 22 Jul 2011 05:00 PM PDT

Lebih 2,000 sertai Sinar Run Jerlun 2011 Seawal jam 6 pagi semalam, Padang Awam Alor Biak, Jerlun dipenuhi ribuan peserta acara Sinar Run Jerlun 2011, lengkap berpakaian warna merah yang disediakan penganjur.

Suasana meriah itu bagaikan satu gelombang merah mewarnai acara pembuka tirai yang diadakan pada hari kedua sempena Karnival Usahawan Kedah (KUK) 2011, bermula kelmarin.

Sinar Run Jerlun 2011 dianjurkan dengan kerjasama Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd menerusi akhbar Sinar Harian mendapat penyertaan menggalakkan melebihi 2,000 peserta dari sekitar Utara termasuk Terengganu.

Acara itu berjaya menarik pelbagai lapisan masyarakat terdiri daripada semua peringkat umur, jantina dan kaum.

Senamrobik dimulakan kira-kira jam 7.45 pagi sebelum peserta larian dilepaskan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir merangkap Ahli Parlimen Jerlun kira-kira jam 8.30 pagi.

Mukhriz berkata, acara riadah itu berjaya menarik minat ramai daripada pelbagai latar belakang dan ia menunjukkan sokongan rakyat kepada penganjuran KUK 2011.

"Saya gembira melihat perkembangan positif ini dan berharap ia akan diadakan dengan lebih baik pada masa hadapan," katanya.

Kebanyakan peserta dan pengunjung yang hadir memberi respons positif mengenai acara yang julung kalinya diadakan itu.

Peserta dari Pulau Pinang, Khir Salleh, 48, yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang larian tertarik dengan konsep larian merentas desa dan mengelilingi sawah padi yang begitu mendamaikan.

"Jika sebelum ini acara larian lebih tertumpu di kawasan bandar utama, tetapi Sinar Run Jerlun 2011 memberi satu kelainan kepada peserta," katanya.

Sementara itu, A Krishnan, 54, berkata, acara itu menarik dan ia mendapat sambutan semua pihak kerana selain menyihatkan badan ia dapat mengeratkan hubungan antara kaum.

"Saya juga berterima kasih kepada pihak penganjur dan tahniah diucapkan kerana kawalan keselamatan serta pengurusan penganjuran berjalan lancar," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved