Jumaat, 29 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Ratusan keluang rimaskan penduduk

Posted: 28 Jul 2011 05:00 PM PDT

Ratusan keluang rimaskan penduduk PULAU TIOMAN - Rata-rata penduduk dan peniaga gerai makan di Kampung Tekek, di sini, terpaksa berhadapan dengan bunyi bising keluang yang menjadikan kawasan atas pokok palma, mentiga dan nangka sebagai habitat haiwan itu sejak lebih setahun lalu.

Sebelum ini, haiwan mamalia dalam keluarga kelawar itu dipercayai mendiami kawasan sekitar Kampung Air Batang, berhampiran Kampung Tekek sebelum berpindah ke kawasan sekarang selepas kebanyakan pokok ditebang bagi projek pembangunan.

Peniaga gerai makan meluahkan rasa bimbang dengan keadaan itu berikutan gerai makan mereka tidak dikunjungi pelanggan, sekali gus menjejaskan sumber pendapatan mereka.

Bagaimanapun, terdapat sesetengah pelancong luar khususnya warga asing begitu teruja dengan kehadiran haiwan bersayap itu dan menyifatkan ia sebagai tarikan baru di Pulau Tioman.

Perniagaan terjejas

Seorang penduduk, Wan Azura Abdul Panar, 36, berkata, dia terpaksa berpindah ke tapak baru untuk berniaga kerana tapak lama di bawah pokok nangka dan palma berdekatan rumahnya menjadi 'sarang' haiwan berkenaan.

Wan Azura berkata, kehadiran ratusan keluang yang bergayut setiap masa di pokok menimbulkan kebimbangan, tambahan haiwan itu memakan buah-buahan dari pokok yang ditanam.

"Bunyi bising haiwan ini seawal jam 3 pagi mengganggu tidur kami dan menyebabkan suasana di pusat pelancongan dunia ini riuh rendah pada waktu malam," katanya kepada Sinar Harian.

Wan Azura berkata, hasil dua pokok nangka yang ditanam di depan rumah mertuanya tidak lagi boleh dimakan akibat dirosakkan haiwan terbabit sedangkan buah itu boleh dijual kepada penduduk sekitar.

"Selain menjual juadah makanan kepada pelancong luar, saya turut menjual buah nangka kepada penduduk setempat, namun buah nangka itu tidak lagi boleh dimakan akibat dirosakkan keluang," katanya.

Seorang lagi peniaga, Nurul Fariha Mat Badar, 19, berkata, dia juga menerima rungutan daripada sesetengah pelanggannya yang tidak selesa dengan bunyi bising dan najis haiwan itu yang diterbangkan angin hingga sampai ke gerainya.

"Penduduk di sini, kebanyakannya kurang selesa dengan haiwan ini, namun tidak kepada pelancong asing.

"Bagaimanapun saya perlu mengekalkan aspek kebersihan di gerai saya bagi mengekalkan pelanggan," katanya.

Menurutnya, gerainya terletak berhampiran pokok palma yang dihinggapi beratus-ratus keluang yang membuat bising pada setiap masa hingga menyebabkan kanak-kanak dan bayi di kampung itu sukar tidur pada waktu malam.

"Kami sudah tidak tahan dengan keadaan ini dan berharap pihak berwajib dapat menyelesaikan kemelut kami ini dengan segera," katanya.

Pengunjung teruja melihat keluang

Seorang pengunjung, Wong Wei Sheng, 18, berkata, dia teruja dapat melihat keluang yang bersangkut di pokok-pokok di kampung itu dan menyifatkan ia sebagai tarikan baru kepada pelancong.

Wei Sheng dari Segamat berkata, dia yang berpeluang mengunjungi Pulau Tioman berharap kerajaan dapat mengekalkan habitat haiwan itu.

"Haiwan ini bukan mengganggu pelancong yang lalu lalang di sini, malah kami dapat merakamkan gambar ketika singgah di sini kerana bukan senang untuk melihat keluang dalam jumlah yang banyak," katanya.

Peniaga, Ab RahmanAwang, 60, berkata, pada mulanya dia berasa kurang selesa dengan kehadiran ratusan keluang, bagaimanapun ia digemari pelancong asing yang berhenti seketika untuk menyaksikan gelagat haiwan itu.

"Pada mulanya memang saya berasa janggal dengan bunyi bising haiwan ini, namun kehadirannya boleh tarik pelancong luar dan ia mampu mengembangkan lagi sektor pelancongan di sini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved