Isnin, 25 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Padah degil

Posted: 24 Jul 2011 05:00 PM PDT

Padah degil GOMBAK – Sejumlah RM20,500 kompaun dikeluarkan berikutan pelbagai kesalahan dalam Operasi Kawalan Wabak Denggi Di Lokaliti Hot Spot oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Gombak, kelmarin.

Dalam dua lokasi diserbu di Kampung Simpang Tiga Batu Caves dan Kampung Sungai Tua Tanah Gantian, di sini, RM15,500 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Selayang (MPS), manakala PKD Gombak dengan RM5,000 jumlah kompaun.

Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Gombak, Harun Abdul Hamid berkata, hasil serbuan di lokasi pertama, 171 rumah termasuk premis komersial di Kampung Simpang tiga diperiksa, 11 kompaun dikeluarkan.

"Daripada jumlah itu, lima daripadanya kesalahan membiarkan tempat pembiakan serangga (vermin), lima lagi berniaga tanpa lesen, manakala satu lagi berniaga tanpa lesen papan tanda.

"Kita juga menemui lima tempat pembiakan berhampiran lokasi kes, iaitu di luar premis sekali gus menunjukkan penduduk masih tidak prihatin walaupun sudah terdapat kes," katanya semasa mengetuai operasi berkenaan.

Turut serta ialah pihak MPS, lapan PKD di Selangor, Pejabat Daerah dan Tanah Gombak serta polis menjadikan 127 anggota keseluruhan terlibat dalam operasi terbabit.

Menurut Harun, operasi dijalankan bukan pertama, sebaliknya kali kelapan sejak wabak dikenalpasti berlaku di Kampung Simpang Tiga bermula 45 hari lalu.

"Susulan operasi, kita juga mengeluarkan satu notis perintah pembersihan kepada satu premis mengikut Seksyen 8(2) Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 kerana kawasannya terlalu kotor.

"Bagi Kampung Simpang Tiga sahaja sudah tiga kes denggi tahun ini," katanya.

Menurut Harun, bagi lokasi kedua di Sungai Tua Tanah Gantian, 62 premis kilang dan rumah diperiksa, manakala 10 tempat pembiakan dalam premis dan tiga di luar premis ditemui.

Di situ, pihaknya mengeluarkan 10 kompaun setiap satu bernilai RM500 bagi kawasan di situ.

"MPS turut mengeluarkan lima kompaun kerana kesalahan berniaga tanpa lesen dan dua kesalahan berniaga tanpa lesen papan tanda di Sungai Tua Tanah Gantian," katanya.

Menurut Harun, operasi dua fasa bagi kedua-dua lokasi iaitu sebelah pagi dengan aktiviti penguatkuasaan, manakala petang diadakan kawalan semburan nyamuk.

Difahamkan operasi berpusat di MPS itu dijalankan susulan perbincangan Jawatankuasa Tindakan Wabak Denggi Daerah dipengerusikan Pegawai Daerah, Ahmad Zaharin Mohd Saad, baru-baru ini.

Untuk 2011 sehingga semalam (kelmarin) terdapat 952 kes denggi dalam daerah Gombak dengan 13 lokaliti wabak semasa.

Sabit kesalahan jika gagal menjelaskan kompaun RM500 APSPP, boleh dihukum di bawah Seksyen 23(a) akta yang sama dengan denda maksimum RM10,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved