Ahad, 31 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

23 krew kapal cemas

Posted: 30 Jul 2011 05:00 PM PDT

23 krew kapal cemas SENAI – Seramai 23 krew kapal MV Oceania berdepan detik cemas apabila kapal yang dinaiki karam selepas berlanggar dengan sebuah kapal lain, MV Xin Tai Hai di kedudukan lapan batu nautika, barat daya Pulau Pisang, Pontian, di sini, awal pagi semalam.

Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim Zulkifli Abu Bakar berkata, perasaan bimbang dan gusar kesemua krew kapal terbabit berakhir dengan ketibaan sebuah kapal lain, MV Ikaruga yang menyelamatkan mereka.

"Detik cemas 23 krew kapal MV Oceania yang berada di dalam dua buah rakit penyelamat berakhir apabila mereka telah diselamatkan susulan daripada kapal yang dinaiki karam akibat daripada perlanggaran dengan sebuah kapal lain, MV Xin Tai Hai di :kedudukan lapan batu nautika barat daya Pulau Pisang pada pukul 12.30 tengah malam tadi (semalam).

"Kesemua 23 orang krew diselamatkan oleh sebuah kapal iaitu MV Ikaruga dan kesemua mereka telah di bawa ke Singapura," katanya dalam satu kenyataan kepada media, di sini, semalam.

Zulkifli berkata, kapal MV Oceania yang didaftarkan di Malta dan MV Xin Tai Hai (didaftarkan di Panama) sedang dalam perjalanan menuju ke Singapura.

"Maklumat yang kita terima menyatakan MV Oceania yang berada di hadapan MV Xin Tai Hai memperlahankan kelajuan secara tiba-tiba dan menyebabkan MV Xin Tai Hai tidak dapat mengelak lalu melanggar MV Oceania mengakibatkan MV Oceania karam.

"Sejurus selepas perlanggaran MV Xin Tai Hai meneruskan pelayaran dan bersauh di kedudukan 1.5 batu nautika selatan Tanjung Piai," katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut berhubung punca kejadian masih lagi dalam siasatan dan sehingga kini sebuah bot APMM masih di kawasan kejadian bagi memantau keselamatan kapal–kapal yang melalui kawasan berkenaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved