Khamis, 28 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Padah rompak kapal berkumpulan

Posted: 27 Jul 2011 05:00 PM PDT

Padah rompak kapal berkumpulan JOHOR BAHRU – Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen Kota Tinggi yang menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan tiga sebatan ke atas tujuh lanun warga Indonesia.

Tertuduh-tertuduh hanya dikenali sebagai Habsan, 23, Ali, 25, Hadi, 29 dan Selamat, 29, Herman, 30, Wasdiah, 31, dan Kusnan, 32.

Pesuruhjaya Kehakiman, Samsudin Hassan mengekalkan hukuman itu berikutan kesemua tertuduh sudah mengaku salah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Salawati Djambari pada 22 Mac lalu.

Menurutnya, rayuan yang dibuat oleh ketujuh-tujuh tertuduh untuk mengurangkan hukuman ditolak kerana tiada sebarang faktor baru untuknya berbuat sedemikian berikutan Mahkamah Sesyen Kota Tinggi sudah mengambil kira semua faktor sebelum keputusan dibuat.

Kesemua tertuduh mengaku cuba melakukan rompakan berkumpulan terhadap kapal Mt Front Queen di kedudukan kira-kira 3.2 batu nautika dari Pulau Mungging, Kota Tinggi pada jam 3 pagi, 9 Mac lalu.

Dakwaan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Mirza Mohamad manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Terdahulu, media cetak dan elektronik tempatan melaporkan kejayaan APMM Wilayah Selatan menumpaskan satu cubaan rompakan ke atas kapal Mt Front Queen yang didalangi oleh tujuh lelaki Indonesia di perairan Pengerang berkenaan.

Kejadian berkenaan disedari oleh sekumpulan anggota APMM Wilayah Selatan yang sedang melakukan rondaan di kawasan itu.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved