Ahad, 24 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Saya sayang kamu semua...

Posted: 23 Jul 2011 05:00 PM PDT

Saya sayang kamu semua... PASIR GUDANG - "Saya sayang kamu semua..." begitulah luahan Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), A Rahim Nin yang tidak mampu menahan kesedihannya sebaik keluar meninggalkan Menara Aqabah, pejabat rasmi MPPG bagi hari terakhirnya berkhidmat sebagai YDP kelmarin.

Kata-kata itu turut mengundang rasa sedih warga kerja MPPG yang mengiringi pemergiannya meninggalkan kawasan bangunan berkenaan kira-kira jam 6 petang.

A Rahim yang dinaikkan pangkat dan akan memulakan tugas sebagai Pegawai Daerah Segamat pada Isnin ini telah menyerahkan tugas secara rasminya kepada YDP MPPG baru, Onn Jabbar @ Jaafar.

Secara rasminya, A Rahim telah menjawat jawatan baru itu pada 18 Julai lalu namun penangguhan selama seminggu sebelum memulakan tugasan sebenar telah diluluskan dan mesyuarat penuh majlis sempena pertukarannya dilakukan di sini, kelmarin.

A Rahim yang berkhidmat hampir dua tahun itu menganggap amanah dipikulnya sebagai YDP MPPG oleh Kerajaan Negeri sebagai satu tempoh yang singkat.

Beliau berkata, masih terlalu banyak tugasan yang tidak dapat dijalankannya sebagai Pegawai Tadbir Negeri Johor pertama yang mengambil alih urus tadbir pihak berkuasa tempatan (PBT) di sini, yang ditadbir Johor Corporation selama 30 tahun.

Beliau turut merakam penghargaan kepada Kerajaan Negeri, Ahli Majlis, Ketua-ketua Jabatan dan warga kerja MPPG yang membantu beliau melaksanakan tugas dan tanggungjawab sepanjang menjadi YDP MPPG.

"Saya berkeyakinan penuh dengan komitmen Kerajaan Pusat, lebih-lebih lagi Kerajaan Negeri, MPPG akan dapat mencapai visi menjadi PBT unggul bertaraf bandar raya menjelang tahun 2015," katanya.

A Rahim berkata, beliau yakin Onn mampu menggalas amanah dan tanggungjawab Kerajaan Negeri bagi memacu kejayaan yang lebih hebat di Pasir Gudang.

Sementara, Onn secara rasmi yang turut menggalas jawatan baru Isnin ini berkata, beliau akan meneruskan matlamat kesinambungan kerja dan akan memberi keutamaan kepada keselesaan masyarakat.

"Kita akan sama-sama jayakan matlamat wujudkan keselesaan masyarakat dan mana-mana keutamaan yang harus diberikan masa kini.

"Jika masyarakat tidak selesa ia akan memberi impak kepada kita dan ini juga merupakan satu penambahbaikan dari yang sedia ada," katanya.

Onn turut menyeru semua warga kerja MPPG meneruskan perjuangan bagi mencapai taraf khidmat yang selesa di MPPG.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved