Sabtu, 30 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Sindiket edar dadah tumpas

Posted: 29 Jul 2011 05:00 PM PDT

Sindiket edar dadah tumpas KUALA LUMPUR – Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah bernilai kira-kira RM74,500 selepas menyerbu sebuah bilik hotel bertaraf lima bintang di sini, dengan penahanan lima lelaki Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.20 petang itu, kegiatan kumpulan terbabit terbongkar selepas polis menahan seorang suspek berusia 25 tahun di sebuah apartmen di Mont Kiara dan menjumpai ketulan kristal dipercayai dadah jenis syabu yang disembunyikan di dalam sampul surat.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid (gambar) berkata, hasil penahanan itu polis kemudian ke hotel tersebut kira-kira jam 11.10 malam.

"Dalam serbuan itu, polis menahan empat lagi suspek berusia lingkungan 29 hingga 32 tahun di dalam sebuah bilik.

"Hasil pemeriksaan, polis merampas wang tunai RM45,000, 180 pil ecstasy, syabu seberat 132 gram, empat komputer riba, satu perakam kamera, sehelai baju dan seluar panjang," katanya pada sidang media di Balai Polis Petaling di sini, semalam.

Menurutnya, siasatan awal polis mendapati sindiket itu dipercayai bergiat aktif mengedar dadah untuk pasaran di sekitar Lembah Klang sejak enam bulan lalu.

Katanya, ujian air kencing mendapati empat lelaki di dalam bilik hotel itu positif dadah jenis syabu.

Sementara itu, polis berjaya membongkar kegiatan mencuri dan pecah kereta di sekitar Brickfields berikutan penahanan dua lelaki di Pantai Dalam di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, polis menahan seorang penganggur berusia 19 tahun di sebuah rumah di Pantai Dalam sebelum menahan suspek kedua berusia 32 tahun kira-kira setengah jam kemudian di kawasan berhampiran.

Wan Abdul Bari berkata, hasil pemeriksaan di rumah suspek kedua itu, polis menemui beberapa barangan dipercayai dicuri.

"Hasil pemeriksaan lanjut dijalankan, polis menemui lima kereta yang disembunyikan di sekitar kawasan perumahan itu.

"Polis turut menemui 22 telefon bimbit dan pelbagai barang elektronik," katanya.

Beliau berkata, kedua-dua lelaki itu dipercayai aktif mencuri kereta sejak setahun lalu dan polis percaya dapat menjumpai beberapa lagi kereta.

"Kita sedang mengesan dua rakan suspek berusia lingkungan 30-an dipercayai dapat membantu siasatan," katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek kedua mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Kedua-dua suspek direman sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 A Kanun Keseksaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved