Rabu, 20 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Rayuan guru ditolak

Posted: 19 Jul 2011 05:00 PM PDT

Rayuan guru ditolak ALOR SETAR - Mahkamah Tinggi Alor Setar semalam, menolak rayuan seorang guru untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen pada 9 Mei tahun lalu, berhubung dakwaan melakukan perbuatan melampau terhadap dua kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun.

Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd Zaki Abdul Wahab berkata, mahkamah mengekalkan keputusan terdahulu yang dibuat Hakim Maznah Abd Aziz terhadap Muhamad Nizar Shuib, 30, iaitu penjara lapan bulan bermula daripada tarikh hukuman dijatuhkan.

"Saya dapati ada keterangan yang cukup untuk membuktikan kesalahan perayu, kegagalan pendakwa mengemukakan saksi tidak menjejaskan kes pendakwaan malah tiada elemen penyembunyian keterangan.

"Hukuman yang diputuskan Hakim Mahkamah Sesyen sebelum ini adalah sesuai dan berpatutan, rayuan perayu ditolak oleh mahkamah," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Muhamad Nizar bagaimanapun memohon supaya hukuman ditangguhkan untuk mereka memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan, atas alasan masih berstatus kakitangan kerajaan.

Mohd Zaki kemudiannya memutuskan untuk membenarkan permohonan Muhamad Nizar, dengan kadar jaminan yang ditetapkan Mahkamah Sesyen sebelum ini iaitu RM35,000 dan seorang penjamin.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Muhamad Nizar dituduh merangsang dua kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dengan tujuan melakukan suatu perbuatan melampau terhadap kedua-duanya, di sebuah rumah bernombor 497, Taman Siswa 2, Jalan Universiti, Kubang Pasu, antara Mei 2003 hingga April 2004.

Muhamad Nizar yang mengajar kelas tambahan Bahasa Inggeris kepada kanak-kanak itu didakwa di mahkamah pada 28 April 2004, kerana melakukan kesalahan bawah Seksyen 377E Kanun Keseksaan dan boleh dihukum bawah seksyen sama.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Norhayati Ibrahim manakala tertuduh diwakili peguam G Ravish Shankar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved