Isnin, 18 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Maut akibat tergelincir

Posted: 17 Jul 2011 05:00 PM PDT

Maut akibat tergelincir MACHANG – Hasrat lima sahabat untuk mandi di Air Terjun Jeram Linang dekat sini bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka ditemui mati lemas kira-kira jam 7.10 petang kelmarin.

Salah seorang rakan mangsa, Mohd. Shafiq Ismail, 21 berkata dia dan rakan-rakannya termasuk mangsa, Mohd. Azrul Nizam Zainal Abidin, 20 tiba di kawasan perkelahan tersebut kira-kira jam 4.15 petang daripada rumah mereka di Bachok.

Katanya, ketika kejadian pada jam 5 petang tersebut, mangsa tidak mandi tetapi tergelincir ketika duduk di atas batu berdekatan tempat kejadian.

"Ketika tangan mangsa terkapai-kapai, saya bersama rakan-rakan termasuk bapa saudara mangsa cuba menyelamatnya namun gagal memandangkan dia tidak tahu berenang.

"Kami sedaya upaya menyelamatnya tetapi tidak berjaya memandangkan air di kawasan tersebut agak dalam dan arwah meronta dengan kuat,'' katanya.

Ketua operasi mencari dan menyelamat, Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Nordin Yahya, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada jam 5.15 petang dan bergegas ke tempat kejadian.

Katanya, operasi tersebut melibatkan 17 anggota bomba termasuk daripada Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh dan Unit Scuba Kota Bharu.

Tambahnya, mayat mangsa berjaya ditemui anggota unit scuba kira-kira jam 7.10 petang di dasar kawasan air terjun tersebut sebelum dibawa ke Hospital Machang untuk dibedah siasat.

"Orang ramai diminta berhati-hati ketika mandi di kawasan air terjun dan memilih lokasi yang selamat bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. Patuhi papan tanda amaran yang diletakkan di kawasan-kawasan yang merbahaya demi kebaikan bersama," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved