Khamis, 21 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Selangor lancar slogan baru

Posted: 20 Jul 2011 05:00 PM PDT

Selangor lancar slogan baru SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akan melancarkan slogan baru Selangorku pada Ahad ini di Stadium Malawati Shah Alam.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berkata, slogan itu adalah kesinambungan program 'Merakyatkan Ekonomi Selangor' dan 'Hasil Negeri untuk Rakyat' yang dilaksanakan sejak Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Mac 2008.

Menurutnya, selepas dilancarkan, slogan terbabit akan digunapakai untuk urusan rasmi melibatkan Kerajaan Negeri dan anak syarikatnya.

"Slogan ini mengajak seluruh rakyat Selangor agar bersama-sama bertanggung jawab dan mempertahankan usaha yang dilaksanakan Kerajaan Negeri melalui pentadbiran yang telus dan bertanggung jawab.

"Adalah diharapkan slogan ini dapat menambah kecintaan dan sayang rakyat kerana negeri ini adalah hak mutlak rakyat," katanya.

Abdul Khalid berkata, sempena pelancaran terbabit, pelbagai aktiviti menarik disediakan secara percuma kepada pengunjung seperti pertandingan futsal, pocket bike, pony ride dan gerai jualan.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri juga akan mengedarkan 40,000 kupon percuma bernilai RM5 kepada pengunjung untuk membeli makanan dan minuman di gerai disediakan.

Oleh yang demikian, seluruh rakyat Selangor dijemput hadir pada program pelancaran yang bermula jam 8 pagi sehingga 8 malam.

Dalam pada itu menurutnya, Kerajaan Negeri sentiasa menggalakkan pelbagai aktiviti dianjurkan di i-City yang boleh menarik ramai pengunjung namun haruslah bersesuaian dengan imej Bandar raya Shah Alam.

Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri perlu menerima keadaan ini (keterbukaan dan perbezaan penerimaan) dan akan memantau perkara ini dengan lebih tertib.

"Walaupun Selangor adalah negeri maju tetapi ia tidak hilang dari segi pengertian, bentuk budaya dan cara hidup terutamanya cara hidup masyarakat Islam di Selangor. Jadi kami menerimanya," katanya ketika ditanya mengenai pendirian Kerajaan Negeri berhubung memorandum yang dihantar Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang meminta status i-City diperjelaskan.

Beliau berkata, langkah yang dibuat Ahli Parlimen itu menunjukkan perasaan masyarakat Islam terutamanya di Shah Alam yang khuatir kesan negatifnya walaupun kesan positifnya ada.

"Kita menerima dan menghayati memorandum tersebut, kita merasakan mereka juga ada sebab yang mereka rasa khuatir tentang kesan kebudayaan, western influence in the way of life.

"Kita akan bersama memantau supaya tidak memberikan kesan yang buruk kepada aktiviti pelancongan dan aktiviti belia. Fokus MTV adalah belia, kita anggap belia lebih matang dan menerima keadaan ini," katanya kepada Sinar Harian.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved