Sabtu, 30 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Pegawai kanan KBS maut

Posted: 29 Jul 2011 05:00 PM PDT

Pegawai kanan KBS maut KUANTAN – Setiausaha Bahagian Antarabangsa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) maut selepas kenderaan dinaikinya terbabit nahas jalan raya di Kilometer 234.7 Lebuh raya Pantai Timur dekat Hentian Rehat dan Rawat Kuantan dekat sini, pagi semalam.

Mangsa, Azlina Fadzlon Mohd. Amin, 39, bersama rakan sekerja, Salawati Jamaludin, 31, yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza itu dipercayai dalam perjalanan menghadiri program Rakan Muda Ramadan di Kemaman, Terengganu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.50 pagi itu, mangsa yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan disahkan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Manakala Salawati yang mengalami cedera parah di beberapa bahagian badan dihantar menerima rawatan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Zulkifli Taha berkata, kejadian dipercayai berlaku selepas kenderaan yang dinaiki mangsa bersama rakan sekerjanya itu terbabas sebelum merempuh pengadang lebuh raya di sebelah kiri.

Menurutnya, kenderaan dinaiki mangsa kemudiannya terbalik dan terseret ke tengah laluan sejauh kira-kira 20 meter," kata beliau ketika dihubungi pemberita di sini, semalam.

Zulkifli berkata, mangsa yang berasal dari Johor Bahru dan rakan sekerjanya itu sepatutnya menghadiri satu program Rakan Muda anjuran Kementerian Belia dan Sukan di Kemaman pada jam 12 tengah hari semalam.

"Jenazah ibu kepada empat anak yang berumur antara dua hingga 12 tahun itu kemudian dihantar ke HTAA untuk bedah siasat.

"Jenazah mangsa kemudian diuruskan pihak Jabatan Belia dan Sukan Pahang sebelum dihantar ke Putrajaya untuk urusan pengebumian," katanya.

Difahamkan, suami mangsa berada di Singapura kerana melanjutkan pelajaran manakala anak-anak mereka pula di Putrajaya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved