Rabu, 27 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Tuntut gugur hukuman

Posted: 26 Jul 2011 05:00 PM PDT

Tuntut gugur hukuman ALOR SETAR - Lebih 300 mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (Kuin) semalam mengadakan perhimpunan aman bagi menuntut pengurusan institusi itu menggugurkan tindakan tatatertib terhadap lima mahasiswanya yang digantung pengajian selama satu hingga dua semester setelah terbabit dalam penganjuran demonstrasi di institusi itu pada 1 April lalu.

Perhimpunan aman selama lebih sejam itu dibuat selepas mereka difahamkan tidak berpuas hati dengan keputusan pengurusan Kuin diketuai Rektornya, Profesor Datuk Dr Jamil Osman menolak permohonan rayuan mereka pada 6 Julai lalu.

Antara perkara lain yang dituntut kumpulan mahasiswa terbabit adalah supaya pentadbiran Kuin lebih menghormati hak dan kebebasan bersuara pelajar, prihatin menyelesaikan kebajikan dan mengembalikan Diploma Tahfiz kepada kolej universiti berkenaan.

Sinar Harian turut difahamkan terdapat notis larangan berhimpun di mana-mana kawasan kampus Kuin ditampal oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) pada pagi semalam selepas permohonan untuk mengadakan perhimpunan aman oleh mahasiswa tidak diluluskan.

Seorang mahasiswa yang enggan dikenali berkata, sebelum bermulanya sesi perhimpunan aman, kesemua peserta berkumpul di surau Kuin untuk menunaikan solat Zuhur dan solat hajat sebelum bergerak ke Sudut Pidato.

Menurutnya, peserta perhimpunan aman itu kemudiannya berkumpul di hadapan pejabat HEP pada jam 2 petang sebelum berarak kira-kira 100 meter ke pejabat Rektor Kuin bagi menyerahkan memorandum kepada pihak berkenaan.

"Terdapat beberapa wakil kepimpinan pelajar yang berucap di Sudut Pidato tanpa menggunakan pembesar suara bagi menghormati arahan pengurusan Kuin dan memohon mereka memberi ruang lebih kepada aktivis mahasiswa untuk bersuara.

"Mereka melaungkan kata-kata semangat sambil membawa kain rentang dan sepanduk bagi menyuarakan kesemua tuntutan yang diminta," katanya.

Memorandum tersebut berjaya diserahkan oleh seorang wakil Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) Kuin kepada wakil Rektor memandangkan Dr Jamil difahamkan tiada di pejabat kerana bertugas di luar kawasan.

Sekumpulan 15 wakil pertubuhan mahasiswa turut hadir bagi menyatakan sokongan terhadap tuntutan pelajar Kuin itu.

Mereka terdiri daripada Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis), Kumpulan Aktivitis Mahasiswa Independen (Kami), Malaysia Youth and Student Democratic Movement (Dema), Pro Mahasiswa Nasional (Pro MN), Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (Karisma), Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Legasi Mahasiswa Prograsif Upsi (LMP) dan Aksi Mahasiswa Peduli.

Suasana perhimpunan diadakan dalam keadaan aman dan terkawal walaupun pengurusan Kuin mengambil tindakan drastik menutup pintu pagar universiti dipercayai bagi mengelakkan campur tangan pihak luar.

Pada 1 April lalu, Sinar Harian melaporkan kira-kira 200 tenaga pengajar dan pelajar Kuin mengadakan demonstrasi bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pengurusan kolej itu yang mengambil alih sebahagian besar bangunan Maahad Tahfiz di sini untuk dijadikan Sekolah Insan Bestari.

Berikutan itu, enam pelajar yang terlibat dalam demonstrasi tersebut dikenakan tindakan tatatertib oleh Jawatankuasa Tatatertib Kuin termasuk hukuman gantung satu hingga dua semester pengajian terhadap lima mahasiswa terlibat dan manakala seorang lagi dikenakan hukuman denda RM100.

Enam penuntut terbabit yang dikenakan tindakan tatatertib ialah bekas Presiden MPM Kuin, Mohd Faiz Mohd Arshad (digantung dua semester pengajian), bekas Naib Presiden Mohd Azlan Mat Zain (surat amaran dan digantung satu semester), Ahmad Remi Mohd Arof (surat amaran dan digantung satu semester), Mohamad Farhan Mohamad Baharin (surat amaran dan denda RM100), Zukhilatif Marzuki (surat amaran dan digantung satu semester) dan bekas Pengerusi Biro Penerangan MPM Kuin, Muhamad Aiman Abd Razak (surat amaran dan digantung satu semester).

Pada 11 Januari lalu, hampir 3,000 mahasiswa Kuin mengadakan perhimpunan aman menuntut penjelasan daripada pihak pengurusan kolej mengenai isu-isu berbangkit, yang diadakan di pekarangan Sudut Pidato sebelum berarak memasuki Dewan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Mahasiswa dan mahasiswi berpakaian serba hitam antaranya membawa sepanduk menyuarakan rasa kecewa, seterusnya mengadakan perjumpaan secara bersemuka di Perhimpunan Mega Mahasiswa, yang turut dihadiri Dr Jamil dan beberapa pensyarah kanan.

Majlis dialog dua jam itu diadakan antara wakil pelajar termasuk pelajar antarabangsa dengan pihak pentadbiran Kuin untuk mencapai kata sepakat dalam beberapa isu dibangkitkan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved