Sabtu, 16 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Negeri kedua

Posted: 15 Jul 2011 05:00 PM PDT

Negeri kedua

KUALA TERENGGANU – Terengganu dijangka menjadi negeri kedua menggunakan dinar dan dirham iaitu mata wang emas dan perak secara meluas dalam uru-san jual beli selepas pelaksanaan sistem tersebut di Kelantan.

Atas kesungguhan untuk melihat penggunaan diperluaskan, Dewan Muslimat Pas Pusat telah melancarkan sistem mata wang syariah tersebut di kawasan Kuala Terengganu sebagai usaha mengembangkan penggunaannya yang terkenal di zaman pemerintahan Khalifah Uthmaniah.

Ketua Lajnah Ekonomi Dewan Muslimat Pas Pusat, Wan Ubaidah Umar berkata, selain dalam urusan jual beli, pihaknya turut menggalakkan penggunaan tersebut untuk pemberian mas kahwin dan pembayaran zakat.

"Kita akan lantik Dewan Muslimat Pas Negeri Terengganu sebagai wakalah atau pengedar utama di negeri ini," katanya ketika ditemui selepas Program Gelombang Hijau di Markaz Tarbiyah Pas Kuala Terengganu, di sini, semalam.

Sebagai permulaan, Wan Ubaidah yang juga Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri Kelantan berkata, pihaknya akan memberi kefahaman kepada orang ramai dan golongan peniaga untuk memastikan urusan jual beli tersebut lancar.

Menurutnya, sukarelawan akan dipanggil termasuk Kelantan Golden Trade iaitu salah sebuah syarikat yang melaksanakan sistem mata wang syariah di Kelantan bagi menjelaskan kepada orang ramai berhubung penggunaan sistem mata wang terbabit.

"Insya-Allah kita akan cari sukarelawan yang akan beri kefahaman kepada golo-ngan pekedai. Ia akan seiring (kefahaman) kepada masyarakat umum," katanya.

Mengulas lanjut, katanya, penggunaan tersebut bukan untuk menghakis Ringgit Malaysia (RM), sebaliknya sebagai pelabu-ran untuk menjaga nilai mata wang yang kian terhakis disebabkan faktor inflasi.

Bagaimanapun, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kijang itu yakin penggunaan tersebut diterima di seluruh dunia memandangkan ia mengikut standard harga yang sama.

"Kita mahu mengembalikan dinar dan dirham sebagai syiar dan kekuatan ummah. Apabila semua orang ada dinar dan dirham, maknanya kita mempunyai satu kekuatan ekonomi di situ dan dinar dan darham adalah sesuatu yang boleh diterima di seluruh dunia yang tidak perlu dinar Terengganu, dinar Johor kerana ia mengikut piawai yang sama," katanya.

Berhubung harga dinar dan dirham yang tidak spesifik dan bergantung kepada turun naik harga di pasaran, beliau menjelaskan ia melibatkan jangka masa pendek tetapi memberi hasil yang baik untuk jangka masa panjang.

"Kalau lihat (dinar) sejak 2000 hingga hari ini, kenaikannya ialah 5 kali ganda iaitu RM200 lebih dalam 2001. Awal tahun baru ini RM614 tetapi hari ini RM735, maknanya masyarakat tidak akan rugi," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved